Flyers 5000pcs
A5 | 105gsm art paper
Single side printing
RM425
The House of Art Studios is a designing and printing company which is conducted by experienced fine artists and graphic designers.
Wednesday, 6 May 2015
Monday, 4 May 2015
Meragam
Mesin meragam teruk tapi tidaklah seteruk mana. Masih boleh difikirkan lagi bagaimana hendak repair mesin ini walaupun tidak pernah ambil sebarang kursus berkaitan.
Zaman ini kemahiran menjadi perkara penting untuk survive. Tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada sijil atau ijazah yang bertahun-tahun untuk dihabiskan.
Anda mahu atau tidak sahaja, berani atau takut. Belum cuba belum tahu.
(p/s - Repair mesin je pun 😁)
Sunday, 3 May 2015
Slow and Steady : The Survival
Hasil jualan pada bulan April yang lalu tidak begitu memberangsangkan. Tambahan pula, pelajar Diploma telah pulang ke kampung halaman kerana cuti semester.
Cuti pertengahan semester bagi pelajar Ijazah juga menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi kedai fotostat kami. Mana tidaknya, cuti seminggu siapa sahaja yang mahu datang ke kedai kami?
Kekurangan jualan di dalam Kolej Mawar disokong oleh kerja-kerja luar yang kami ada sebelum ini. Boleh lah setakat mahu membayar hutang-hutang dan menyara tanggungan. Hendak menyimpan? Kirim salam sahajalah.
Insyaallah bulan Mei ini hasil jualan dijangka akan meningkat semula ekoran sesi pembelajaran yang akan diteruskan sehingga mereka (Pelajar Ijazah) menduduki peperiksaan pada bulan Jun (Pertengahan).
Semoga kami terus 'Survive' dalam menempuhi liku-liku perniagaan. Segala penambahbaikan dalam mengurus kewangan dan pekerja akan kami lakukan dari semasa ke semasa.
Saturday, 2 May 2015
Harga Baru - Cetak Flyers A5 Murah
Pengumuman harga baru untuk flyers bersaiz A5 (105gsm Art Paper / Single Side
Printing / Full Colour) adalah RM150, bukan seperti sebelum ini RM100.
Kenaikan harga ini selaras dengan kenaikan harga barang mentah.
Sebarang pertanyaan, sila whatsapp ke 013 691 5338 ( En. Mohd Sufian Abdullah ).