Friday 7 December 2012

Wawancara oleh pelajar UiTM Shah Alam


Minggu lepas, studio kami dilawati oleh 3 orang pelajar UiTM Shah Alam. Tujuannya adalah untuk menemuramah kami untuk subjek Design Management (Kalau tak silap). Sesi temuramah berjalan selama 20 minit, banyak yang kami kongsikan bersama mereka. 

Antara soalannya ialah, "Bagaimana terfikir untuk menubuhkan sebuah syarikat dan berapa banyak modal permulaan yang diperlukan?" (Mungkin susunan ayat tidak sama, tapi maksudnya lebih kurang macam tu). Maka, kami pon berkongsi pengalaman demi pengalaman, satu per satu, dan mereka pon berpuas hati dengan ulasan yang kami berikan.

Setelah tamat sesi temuramah, kami hadiahkan T-Shirt limited edition THOARS kepada mereka tanda terima kasih tidak terhingga kerana sudi menemuramah syarikat kecil kami ini (yang bakal menjadi BESAR).

p/s - Harap lebih ramai pelajar-pelajar, wartawan-wartawan datang untuk 'interview' kami

No comments:

Post a Comment