Minggu lepas kami ada update pasal kedai fotostat di Kolej Mawar. Tapi belum habis lagi. Okay, ni sambungannya...
Ni la rupa kedai Lot No 2, Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam. Masuk-masuk je terkejut dengan warna merah hati yang memanaskan hati heheheh. Takde la acah je. Tak panas hati pon. Saya (Sufian) dan Aziz dan beberapa lagi orang kuat THOARS bersepakat untuk tukar warna dinding tu menjadi warna moonshadow (Cat Maxilite).
Lagi gambar dari sudut berbeza..
Ni la rupa cat maxilite (moonshadow) yang kitorang guna. Dulu masa kerja galeri selalu guna cat ni untuk dinding diorang. So dah terbiasa lihat warna cerah-cerah yang menenangkan ni hehehe. Tapi bak kata sifu printing kami En Irawan (Taming Creative), nanti dah layan toner takde la nak cerah lagi hahahha..
Tadaaaaaa.. lihat lah perbezaannya hehe sebelum dan selepas. Duration mengecat 5 jam. Terima kasih kepada Fikry (Pembaca berita "Ye Sayang") dan Syafiq Roos a.k.a Din Letrik kerana datang membantu. Tak terbalas jasa korang weyh.
Lepas dah settle cat, barang-barang yang diperlukan pun dimasukkan. Mesin fotostat 2 buah. Meja dan kerusi pakai yang lama punya dan beberapa barang stationary lain.
Begini la rupa awal kedai kami setelah selesai cat dan masuk barang. Nantikan update akan datang c:
No comments:
Post a Comment