Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

THOARS Travelogue - Bandung Part 2

THOARS Travelogue - Bandung Part 2 from The House Of Art Studios on Vimeo.

Travelogue kami bahagian 2. Dalam video kali ini, kami banyak tunjuk perjalanan majlis perkahwinan antara Am + Santi. Perjalanan bermula seawal jam 6 pagi (waktu Bandung). Banyak perkara yang hampir sama dengan perkahwinan di Malaysia tapi banyak juga yang berbeza. Kami harap anda terhibur dengan video kali ini c:

Tuesday, 23 April 2013

Promosi Sempena PRU-13 - Flyers MURAH MURAH MURAH



Salam kepada semua pengundi-pengundi yang bakal mengundi pada 5 May 2013 nanti.

Kami ada tawaran hebat yang gempak lagi extraordinary sempena PRU-13 ni.

Cetak flyers bersaiz A5 sebanyak 1000 keping dengan hanya RM100.

Cetakan hanya sebelah muka sahaja dan berwarna penuh.

Untuk mengelakkan sebarang kelewatan atau terlepas peluang ini, sila book awal ya.

Boleh book menerusi talian yang tertera di atas atau email.

Promosi sah sehingga 5 May 2013 ^________^

p/s - Kepada sesiapa yang tak tau saiz A5 tu bagaimana, sila klik pautan ini :
http://www.papersizes.org/a-paper-sizes.htm

Wednesday, 15 August 2012

Salam Lebaran 2012

THOARS RAYA 2012 from The House of Art Studios on Vimeo.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Kami dari The House Of Art Studios menyusun sepuluh jari 
memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki
sekiranya terdapat salah dan silap semasa mengendalikan tempahan baju, 
printing, dan video perkahwinan saudara dan saudari sekalian.
Diharap kalian semua dapat bergembira di hari lebaran ini.

Sekian
(Makan la ketupat dan lemang bebanyak ye c:)

Tuesday, 31 July 2012

Promosi Aidilfitri - POSTER



Salam Ramadhan
Kami di THOARS berbesar hati untuk mengumumkan promosi sempena Aidilfitri yang akan bakal menjelang beberapa minggu sahaja lagi.
Kami melancarkan promosi yang pertama iaitu untuk cetakan Poster bersaiz A2 & A3.
Promosi bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2012.
Jadi, apa tunggu lagi? Cepat design Poster anda sekarang dan hantar kepada kami untuk cetakan full colour di atas kertas 128gsm Art Paper. 
Agen-agen diperlukan (nak dapat duit raya tak?)

Friday, 6 July 2012

Forum Kerjaya @THOARS




Tanggal 23 Jun 2012 merupakan hari paling bersejarah untuk kami di The House Of Art Studios@THOARS kerana kami menerima kunjungan seramai 85 orang pelajar tahun akhir UiTM Sri Iskandar, Perak. Semua pelajar ini merupakan pelajar jurusan seni halus peringkat diploma yang dijangka akan menamatkan pengajian pada tahun ini. 

Tajuk forum kami pada hari itu ialah 'Kerjaya selepas belajar'. Seperti apa yang kami maklum, sukar bagi para graduan seni halus untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Kami juga merupakan lulusan seni halus peringkat Ijazah dan kami dapati masalah itu bukanlah sesuatu yang 'kronik'. Kami bercerita mengenai pengalaman kami yang baru sahaja 6 bulan beroperasi dan menggunakan segala kepakaran yang telah dipelajari oleh semua pelajar seni halus. Tidak ada satu pun yang kami tidak belajar. Semuanya sama, mungkin 'subject matter'nya sahaja berbeza. Para pelajar juga diterangkan mengenai penglibatan di dalam bidang perniagaan.

Forum yang berlangsung selama 1 jam lebih itu diisi dengan soal jawab dari para pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang perniagaan yang kami jalankan. Tayangan video-video portfolio kami juga menarik perhatian para pelajar dan beberapa sesi soal jawab mengenai bagaimana cara penghasilan video dan 'software' yang sesuai untuk proses suntingan video telah berlangsung dan diharap para pelajar dapat mendapat manfaatnya.

Insyaallah selepas ini lebih banyak forum-forum seperti ini dapat diadakan, dan kami mengalu-alukan kepada mana-mana institusi yang ingin menggunakan khidmat kami untuk forum seperti ini. Kelas asas videografi DSLR juga akan diadakan tidak lama lagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 5523 7610 - Miss Neeloffa (Marketing Executive) atau Mohd Sufian Abdullah (Co-founder/Project Director)

Wednesday, 27 June 2012

White Studio


Interested to use our space? Call us and book NOW
Weekdays - 10 a.m to 10 p.m
Weekend - 11 a.m to 6 p.m 
Please make your reservation at least 1 week before.
Price : RM30/hour
 Equipment and photographer NOT provided

Tuesday, 5 June 2012

THOARS a place like home


Finally we have enough time to 'kemas-kemas' our studio/office to look like a 'House' - Yeahhh our place should look like a home. We arrange all back to make sure we love our working space. If you guys want to visit our studio/office, please do from 10 am to 6 pm c: owhh Please call us first at 03 5523 7610

Thursday, 12 January 2012

The Future of T-Shirt Graphics

Kami tertarik dengan video ni. So sila la layan dengan teliti. Thanks to Vimeo



NEXT: The future of T-shirt graphics from T-world on Vimeo.

p/s- Sori la tak reti nak setting video ni kasi ke tengah. Janji boleh layan kan.. hehehe