Thursday, 17 May 2012

Colour Psychology in Logo Design


Just want to share a brilliant fact that really can help u guys to
choose suitable colour for your own logo. So, u have a basic knowledge about colour at least c:

Thursday, 10 May 2012

Songsang - Galeri Chandan, Bukit Damansara



Enjoy~

'Belachoo Bag'


Order Now!!
Kalau nak tengok sample, boleh datang kedai kami di No 14B, Jalan Plumbum Q/7Q, Seksyen 7 Shah Alam.
If nak quotation, just email us at houseofartstudio@yahoo.com or call 013-691 5338 (Sufian)

Thursday, 3 May 2012

Kotak Otak Tak?

Mesti ada yang ingat kami post pasal "OTAK" kan? hahaha Takde kaitan langsung sebenarnya. Kami nak SHARE website yang boleh custom "KOTAK" untuk anda.


Ramai yang tak tau fungsi kotak ni. Banyak gunanya kotak-kotak ni sebagai contoh untuk packaging produk anda, nak kemas-kemas barang untuk pindah ke, nak buat sculpture ke, nak buat ape-ape pon boleh la.




http://www.boxman.com.my/usr/home.aspx




Review website ni kalo nak tengok contoh-contoh kotak.

Faiz Yunus - Knots



Video Art Project by The House Of Art Studios (THOARS)
This video was shoot by Fikry Mahazir & Abdul Aziz Ibrahim
Edited by Mohd Sufian Abdullah
Idea and concept by THOARS
NN Gallery, Ampang
17 April 2012
Special thanks to Faiz Yunus, NN Gallery and Nando's Malaysia

Tuesday, 1 May 2012

We made it~ Year One

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat dan rezeki yang melimpah dari Allah s.w.t kerana memberi kami kekuatan untuk berjuang sehingga ke hari ini. Berjuang bukan berhimpun macam bersih tu, tapi berjuang untuk meneruskan impian memiliki sebuah perniagaan di dalam bidang kreatif yang luas ini. Banyak dugaan yang perlu kami tempuhi lagi masa hadapan. Yang lepas tu lepas la kan, kami cari pengganti dan menambahbaik THOARS dari semasa ke semasa.

THOARS(The House Of Art Studios) asalnya dari HOA dan perkataan ini tidak membawa maksud secara sebutannya. Ianya adalah acronym - House Of Art. Kami telah mendaftar dengan SSM pada bulan Mei tahun lalu dan telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Yela, masa tu memang takde modal langsung. Duit gaji kerja dengan orang pon tak seberapa. Dapat la menyimpan sikit sebab adanya elaun dari Tunas Mekar. Kami merupakan antara produk Tunas Mekar Selangor Siri 3 yang telah memulakan perniagaan.

Oktober 2011 - Kami nekad untuk menyewa sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan secara penuh. Fikir-fikir balik sewanya memang mahal. Tapi tempat yang strategik dan hujung minggunya dipenuhi oleh orang yang ingin membeli kain dan tudung disekitar kawasan ni (Fareeda, Jakel, Pearl Hayya, sekadar menyebut beberapa nama). "Take a risk" dan kami nekad teruskan juga menyewa disini sampai la sekarang.

November - Disember 2011 - Kami bertungkus-lumus mengemas segenap ruang kedai yang telah kami sewa tu. Dari takde meja, kami beli meja. Sikit-sikit. Modal pun 100 percent dari syer partner. Masih tiada lagi bank atau badan-badan yang sanggup nak beri pinjaman kepada kami pada waktu itu. Kami benar-benar nekad untuk teruskan perniagaan.

Januari 2012 - Kami telah membuka perniagaan secara penuh dari pukul 10 - 6 petang. Tapi pada waktu itu, hanya rekaan dan cetakan sahaja. Masing-masing sibuk mencari 'job' untuk memastikan kami boleh tampung segala bebanan hutang hujung bulan. Bayar gaji, sewa, api dan air memang agak berat untuk kami fikirkan, tapi dengan adanya dorongan daripada keluarga dan kenali kami mampu berdiri teguh.

Februari 2012 - Skop pekerjaan - Wedding Videography dapat dilaksanakan dengan bantuan beberapa orang rakan lain. Walaupun masih amatur dalam hal-hal kamera digital (DSLR), tapi kami layankan aje. 2 DSLR, sebatang monopod, dan beberapa keping SD Card berkapasiti 16gigabyte menjadi senjata kami pada waktu itu. Lokasi Bachok, Kelantan https://vimeo.com/39817379 


Mac 2012 - Makin banyak tempahan T-Shirt dari sekolah menengah, UiTM dan kenalan rapat. Perkhidmatan mereka logo, "Business Card" dan banner sangat membantu kami untuk bertahan sepanjang

bulan Mac.


April 2012 - Idea untuk merealisasikan Video Art Project telah pun berjaya dengan usaha gigih THOARS crew (Mohd Sufian Abdullah, Abdul Aziz Ibrahim, Fikry Mahazir dan Mr. A). Walaupun masih diperingkat 'Cuba-cuba', tapi hasilnya begitu memuaskan hati dan berharap sangat akan bertambah baik di masa akan datang. Dengan jumlah jualan sebanyak hampir RM10,000 pada bulan April, dapat sedikit-sebanyak kami menambah peralatan videography. Kelas seni pertama kami juga dapat berjalan dengan lancar pada awal April dan kami akan adakan lebih banyak kelas seni pada waktu akan datang.


Mei 2012 - Kami harap sesuatu yang lebih dapat dilakukan kerana kami semakin matang menguruskan perniagaan walaupun tanpa asas yang begitu kukuh. Pengalaman benar-benar membantu kami mengurus segala kerja dengan baik.

Tuesday, 24 April 2012

Akhmal Asyraf - Ikon



Video Art Project by The House Of Art Studios (THOARS)
This video was shoot by Fikry Mahazir & Abdul Aziz Ibrahim
Edited by Mohd Sufian Abdullah
Idea and concept by THOARS
Meru, Klang
17 April 2012

Wednesday, 18 April 2012

Behind The Scene - Shafeiq + Ziana @ Bachok, Kelantan




For those who still not watching this video, enjoy it c:

Instagram for Android~ Lots of moment to share


Victoria International College - We propose our cap design



500 T-Shirts - Urgent job from UiTM Perak. Thanks to 
Miss Hairul Nisak (Anas)



Light box time c: 



We create our own company signage wooohoooo~



Our screen printing class participant - Learn Illustrator



Our participant tried to print his own T-Shirt c:

Monday, 2 April 2012

Lightbox project~





Sebagai persediaan untuk kelas Screen Print on T-Shirt 7 April ini, kami telah menyediakan beberapa peralatan untuk digunakan oleh peserta. Antaranya ialah 'lightbox' untuk proses 'expose' photo emulsion.
Banyak yang perlu anda ketahui untuk proses seterusnya? Sertai kami dan kami akan kongsikan pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada anda semua c:

Sunday, 1 April 2012

Telegram : Koleksi Puisi-puisi Pop untuk Sang Pemimpi


Akhirnya dapat jugak saya untuk memiliki senaskhah hasil tangan rakan sendiri. Buku sebesar separuh A4 ni mengandungi koleksi puisi pop dari Mosyuki Borhan atau name Facebooknya Syukri Borhan.
Kagum dengan hasil tangannya yang benar-benar lantang dan berani. Benar kata Wani Ardy yang menulis untuk ruangan Prakata buku ini - "Menembak tepat ke jantung. Seperti mesej-mesej dalam utusan telegram".
Dapatkan buku ini sekarang c:

Art Class : Screen Printing on T-Shirt


Interested? Contact our Principle, Mr Sufian 013 691 5338.
This class good for anyone who want to start their T-Shirt printing business from scratch.
We will teach you how to design using adobe Illustrator, and then how to finalize your design before printing your own design. We also teach you some technical part. 
So, what are you waiting for? Register now c:

Wednesday, 28 March 2012

THOARS booth @UiTM, Shah Alam (21 Mac 2012)





Sempena PM kita melawat UiTM tempoh hari, kami diberi peluang untuk buka booth di hadapan Dewan Agung Tuanku Canselor. Ramai rakan-rakan lain yang berniaga (Alumni Tunas Mekar) turut serta. Kami menjual T-Shirt dan Bag rekaan sendiri dan terhad. Seramai 6,000 orang membanjiri tapak jualan pada hari tersebut.

THOARS second generation Limited T-Shirt



Thanks to Allah because give us strength to sustain our business. So far we get a lots of support from our friends. They really like our design and they all think that we can go far. We already sell about 40 pieces from 3 designs. This 2nd Generation T-Shirt will be different from our 1st generation, we use different logo at the back. We really appreciate all the support that we got. Every T-Shirt that you guys purchased contribute to our business sustainability. 

Keep supporting us c:

Regards,
Sufian, Aziz & Fikri
THOARS
March 2012

Thursday, 8 March 2012

Wedding Videography Discount Voucher - RM500


Kepada Alumni Tunas Mekar yang dapat voucher ini, boleh guna discount voucher ni bila-bila masa sehingga January 2013. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email houseofartstudio@yahoo.com atau call En Mohd Sufian Abdullah di talian 013 691 5338.

p/s- Terms and Conditions apply

Thursday, 1 March 2012

INVESTOR


We from The House Of Art Studios would like to invite investor to help us achieve our goal.
If anyone interested, just email our Managing Director, Mr Mohd Sufian Abdullah to discuss
about our next big project. 

Wednesday, 29 February 2012

Pesanan dari Dr J

        Pesanan Dari DR J dari Masmed untuk Alumni Tunas Mekar from The House of Art Studios on Vimeo.


Sempena Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Alumni Tunas Mekar pada minggu hadapan, 5 Mac 2012, kami membawakan kepada anda pesanan dari  Prof. Madya Dr. Jamalunlaili Abdullah, Pengarah Pembangunan Modal Insan Keusahawanan. Pesanan ini lebih kepada mengajak alumni Tunas Mekar dari siri 1 dan 2 untuk turut serta di dalam mesyuarat itu nanti. 

Kami juga merupakan produk keluaran Tunas Mekar iaitu siri yang ketiga dan telah menamatkan program bersama pengusaha. Tunas Mekar sememangnya telah banyak membantu kami dalam proses mengenal dunia perniagaan dengan modul-modul yang disediakan.

Kami harap pertubuhan ini dapat mengumpulkan keseluruhan graduan Tunas Mekar dan mampu bersaing dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain dan dapat memberi manfaat kepada setiap ahlinya.