Showing posts with label Pertubuhan Alumni Tunas Mekar. Show all posts
Showing posts with label Pertubuhan Alumni Tunas Mekar. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

Modal?


Perniagaan perlukan MODAL. Modal datang dalam pelbagai cara dan bentuk.
Wang itu modal. Sihat itu modal. Idea yang bernas itu juga modal.

Kami memulakan perniagaan Kedai Fotostat kami dengan modal wang yang dipinjam dari rakan.
Kami tidak keluar sesen pun duit dari poket kami. Sebab kami memang tidak berduit c:

Kami TIDAK pernah ada pengalaman dalam bidang ini.
Kami TIDAK tahu bagaimana nak mula.
Kami cuma tahu ASAS beberapa perkara dalam perniagaan.
Kami cuma nampak PELUANG yang BESAR.

Sesiapa yang berniaga di dalam UiTM Shah Alam akan tahu BESAR mana PELUANG yang ada.

Tak perlu PROMOSI yang MENGGILA.
Tak perlu NAIK harga GILA-GILA untuk UNTUNG BESAR.



Inilah rupanya kedai fotostat kami awal-awal dulu. Sekarang dah penuh dengan barang!!




Mentor kami merupakan pemilik lama kedai fotostat kami, Encik Irawan - Seorang peniaga yang cekal dan merupakan PRESIDEN di dalam PERTUBUHAN ALUMNI TUNAS MEKAR.

Ya, business memang perlukan mentor untuk anda minta pendapat, cadangan, bantuan dan segala ilmu yang berkaitan. Kami memang sangat-sangat bergantung pada beliau pada awalnya kerana kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu kami lakukan.

Supplier mana yang bagi harga murah?
Nak beli mesin ni dekat mana?
Harga sekeping berapa nak jual?
Ada untung ke?
Nak buka kedai dari pukul berapa sampai pukul berapa?
Pekerja macamana nak cari?
Nak fotostat buku ni macamana?

Semua persoalan itu TERJAWAB dalam beberapa minggu selepas kami berniaga.

Usahawan memang kerjaya yang mencabar.
Usahawan merupakan kerjaya GRED A.

Mohd Sufian Abdullah
Project Director di THOARS@MAWAR dan The House Of Art Studios 


Wednesday, 29 February 2012

Pesanan dari Dr J

        Pesanan Dari DR J dari Masmed untuk Alumni Tunas Mekar from The House of Art Studios on Vimeo.


Sempena Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Alumni Tunas Mekar pada minggu hadapan, 5 Mac 2012, kami membawakan kepada anda pesanan dari  Prof. Madya Dr. Jamalunlaili Abdullah, Pengarah Pembangunan Modal Insan Keusahawanan. Pesanan ini lebih kepada mengajak alumni Tunas Mekar dari siri 1 dan 2 untuk turut serta di dalam mesyuarat itu nanti. 

Kami juga merupakan produk keluaran Tunas Mekar iaitu siri yang ketiga dan telah menamatkan program bersama pengusaha. Tunas Mekar sememangnya telah banyak membantu kami dalam proses mengenal dunia perniagaan dengan modul-modul yang disediakan.

Kami harap pertubuhan ini dapat mengumpulkan keseluruhan graduan Tunas Mekar dan mampu bersaing dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain dan dapat memberi manfaat kepada setiap ahlinya.