Saturday, 5 October 2013

Modal?


Perniagaan perlukan MODAL. Modal datang dalam pelbagai cara dan bentuk.
Wang itu modal. Sihat itu modal. Idea yang bernas itu juga modal.

Kami memulakan perniagaan Kedai Fotostat kami dengan modal wang yang dipinjam dari rakan.
Kami tidak keluar sesen pun duit dari poket kami. Sebab kami memang tidak berduit c:

Kami TIDAK pernah ada pengalaman dalam bidang ini.
Kami TIDAK tahu bagaimana nak mula.
Kami cuma tahu ASAS beberapa perkara dalam perniagaan.
Kami cuma nampak PELUANG yang BESAR.

Sesiapa yang berniaga di dalam UiTM Shah Alam akan tahu BESAR mana PELUANG yang ada.

Tak perlu PROMOSI yang MENGGILA.
Tak perlu NAIK harga GILA-GILA untuk UNTUNG BESAR.



Inilah rupanya kedai fotostat kami awal-awal dulu. Sekarang dah penuh dengan barang!!




Mentor kami merupakan pemilik lama kedai fotostat kami, Encik Irawan - Seorang peniaga yang cekal dan merupakan PRESIDEN di dalam PERTUBUHAN ALUMNI TUNAS MEKAR.

Ya, business memang perlukan mentor untuk anda minta pendapat, cadangan, bantuan dan segala ilmu yang berkaitan. Kami memang sangat-sangat bergantung pada beliau pada awalnya kerana kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu kami lakukan.

Supplier mana yang bagi harga murah?
Nak beli mesin ni dekat mana?
Harga sekeping berapa nak jual?
Ada untung ke?
Nak buka kedai dari pukul berapa sampai pukul berapa?
Pekerja macamana nak cari?
Nak fotostat buku ni macamana?

Semua persoalan itu TERJAWAB dalam beberapa minggu selepas kami berniaga.

Usahawan memang kerjaya yang mencabar.
Usahawan merupakan kerjaya GRED A.

Mohd Sufian Abdullah
Project Director di THOARS@MAWAR dan The House Of Art Studios 


No comments:

Post a Comment