Showing posts with label Artist. Show all posts
Showing posts with label Artist. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

Jinjit - The Best Place For Custom Framing



Salam kepada peminat-peminat seni lukis tanahair di luar sana, kami nak share tempat untuk tempah 

frame yang sangat-sangat terbaik. Ramai penggiat seni yang dah tau kewujudan kedai frame bernama 

JINJIT ni yang terletak di Puncak Alam. Tapi, kepada yang belum tau, ini adalah salah sebuah kedai 

frame yang anda harus pergi untuk mendapat kualiti frame yang terbaik.






Ini merupakan ruang dalam kedai frame ni. Banyak barang-barang vintage, ceramik dan souvenir yang

boleh dibeli pada harga yang sangat berpatutan. Memang rambang mata kalau first time masuk kedai ni.

Banyak souvenir yang cantik-cantik yang boleh anda beli selain dari datang dan tempah frame.






Gambar dalam kedai dari sudut yang berbeza. So korang boleh bayangkan keadaan JINJIT ni. 

Tersusun rapi, bersih, selesa dan BEST.





Ini antara contoh-contoh bingkai yang mereka ada. Yang mahal, yang kurang mahal, yang murah sikit 

semua ada. Ikut budget korang dan taste korang nak frame macam mana. Biasanya kalau artist, ramai

yang guna bingkai putih. If korang tak tau nak guna frame apa, mintak je pendapat saudara "Rock".

Beliau boleh beri pendapat sebab beliau ni memang pakar dalam bab-bab frame ni. Tanya je sebab 

beliau sangat friendly orangnya c:





Haaaa ini lah dia saudara "Rock" yang saya cakapkan tadi. Sebarang pertanyaan boleh je terus ke

kedai frame JINJIT ni. Boleh add FB mereka di http://www.facebook.com/jinjit.patisatu 


- Sufian Abdullah -



Friday, 1 February 2013

Jom Analog - II

Minat pada kamera analog sebenarnya sudah lama. Bercadang untuk mempunyai sebuah kamera lomo pun sudah lama. Terlalu sibuk dengan kerja hakiki (tahun 2011) membuatkan saya tidak banyak masa nak explore kamera analog ni (ada kamera digital kompak pun tak pakai sangat).

Terpikat dengan tona warna pada hasil gambar membuatkan saya ingin explore lebih lagi.

Dah ada peluang nak beli sebuah kamera lomo, saya pun beli la satu (Bukan mahal sangat pun)


So saya nak kongsi beberapa keping gambar yang telah saya develop pada tahun 2011.































 Banyak lagi sebenarnya gambar yang nak diupload, tapi ini je kot yang sedap mata memandang ^___^

-Sufian Abdullah-



Wednesday, 14 November 2012

The Land of Tragedy by Januri (Galeri Chandan, Publika)

                     Januri - The Land Of Tragedy from The House of Art Studios on Vimeo.

Terima kasih kepada Galeri Chandan kerana memberi kami ruang dan peluang untuk mendokumentasikan pameran ini. Terima kasih juga kepada saudara Januri kerana sudi ditemuramah dan melayan beberapa soalan dari kami. Harap video ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar seni halus, pecinta-pecinta seni dan para seniman. Insyaallah akan lebih banyak lagi video-video seperti ini dari kami. 

Sokongan anda amat kami hargai c:

-MSA, THOARS co-founder-

Monday, 5 November 2012

Edroger Rosili - The comeback


Setelah hampir setahun lebih mendiamkan diri dari sebarang aktiviti seni, Edroger Rosili atau lebih mudah dikenali sebagai Roger kembali mewarnai dunia seni visual tanahair.
Semasa bertemu beliau minggu lalu, beliau menyampaikan hasrat untuk aktif semula berkarya menerusi pameran terbarunya di Pace Gallery pada November ini.

Krew THOARS sempat menemubual beliau di studionya yang terletak di Setia Alam dan video itu akan dikongsi di laman vimeo kami tidak lama lagi.