Showing posts with label Lomography. Show all posts
Showing posts with label Lomography. Show all posts

Friday, 1 February 2013

Jom Analog - II

Minat pada kamera analog sebenarnya sudah lama. Bercadang untuk mempunyai sebuah kamera lomo pun sudah lama. Terlalu sibuk dengan kerja hakiki (tahun 2011) membuatkan saya tidak banyak masa nak explore kamera analog ni (ada kamera digital kompak pun tak pakai sangat).

Terpikat dengan tona warna pada hasil gambar membuatkan saya ingin explore lebih lagi.

Dah ada peluang nak beli sebuah kamera lomo, saya pun beli la satu (Bukan mahal sangat pun)


So saya nak kongsi beberapa keping gambar yang telah saya develop pada tahun 2011.































 Banyak lagi sebenarnya gambar yang nak diupload, tapi ini je kot yang sedap mata memandang ^___^

-Sufian Abdullah-



Thursday, 31 January 2013

Jom Analog



Kamera lomography pertama saya ialah dari siri La Sardina yang dibeli pada tahun 2011. Dah lama juga tak main "snap-snap" gambar sesuka hati tanpa memikirkan sebarang komposisi dan subjek yang menarik.

Terdetik semalam untuk membeli filem masa jalan-jalan dekat area Seksyen 18 Shah Alam, ternampak signboard KODAK di kedai yang agak sunyi. Tanya punya tanya, nasib baik ada lagi stock KODAK yang semakin hari semakin dilupakan dek kerana kepesatan teknologi kamera digital.

So, pagi ni bangun-bangun tidur je terus amek kamera dan lap sebab dah berhabuk sangat. 


Lepas dah berkilat kamera ni, saya pon buka kotak film 



KODAK ULTRAMAX 400 (Ni je yang ada kat kedai tu). Rasanya tak pernah lagi pakai jenis ni. Sebelum ni pernah juga try ILFORD XP2 400 (Black and White film) dan beberapa film jenis Fuji.

Menggigil juga nak buka casing belakang La Sardina. Lama sangat tak buka so ketat sikit.


Beginilah rupa dalamnya. Basic kamera takde pakai bateri ye c:


So macam ni lah kedudukan filem dalam kamera ni. Kena gulung sendiri. Setiap kali snap gambar kena gulung sendiri sampai la habis satu roll filem ni (36 exp. poses)

So nanti dah develop film, saya akan postkan gambar-gambarnya (Insyaallah kalau jadi dan menarik).

-Sufian Abdullah-