Flyers 5000pcs
A5 | 105gsm art paper
Single side printing
RM425
The House of Art Studios is a designing and printing company which is conducted by experienced fine artists and graphic designers.
Wednesday, 6 May 2015
Monday, 4 May 2015
Meragam
Mesin meragam teruk tapi tidaklah seteruk mana. Masih boleh difikirkan lagi bagaimana hendak repair mesin ini walaupun tidak pernah ambil sebarang kursus berkaitan.
Zaman ini kemahiran menjadi perkara penting untuk survive. Tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada sijil atau ijazah yang bertahun-tahun untuk dihabiskan.
Anda mahu atau tidak sahaja, berani atau takut. Belum cuba belum tahu.
(p/s - Repair mesin je pun 😁)
Sunday, 3 May 2015
Slow and Steady : The Survival
Hasil jualan pada bulan April yang lalu tidak begitu memberangsangkan. Tambahan pula, pelajar Diploma telah pulang ke kampung halaman kerana cuti semester.
Cuti pertengahan semester bagi pelajar Ijazah juga menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi kedai fotostat kami. Mana tidaknya, cuti seminggu siapa sahaja yang mahu datang ke kedai kami?
Kekurangan jualan di dalam Kolej Mawar disokong oleh kerja-kerja luar yang kami ada sebelum ini. Boleh lah setakat mahu membayar hutang-hutang dan menyara tanggungan. Hendak menyimpan? Kirim salam sahajalah.
Insyaallah bulan Mei ini hasil jualan dijangka akan meningkat semula ekoran sesi pembelajaran yang akan diteruskan sehingga mereka (Pelajar Ijazah) menduduki peperiksaan pada bulan Jun (Pertengahan).
Semoga kami terus 'Survive' dalam menempuhi liku-liku perniagaan. Segala penambahbaikan dalam mengurus kewangan dan pekerja akan kami lakukan dari semasa ke semasa.
Saturday, 2 May 2015
Harga Baru - Cetak Flyers A5 Murah
Pengumuman harga baru untuk flyers bersaiz A5 (105gsm Art Paper / Single Side
Printing / Full Colour) adalah RM150, bukan seperti sebelum ini RM100.
Kenaikan harga ini selaras dengan kenaikan harga barang mentah.
Sebarang pertanyaan, sila whatsapp ke 013 691 5338 ( En. Mohd Sufian Abdullah ).
Tuesday, 25 February 2014
PROMOSI CETAK FLYERS A5 MURAH
CETAK FLYERS A5 MURAH MURAH.
Sebarang pertanyaan, boleh whatsapp atau call 013 6915338
Anda akan dilayan dengan kadar segera.
APA TUNGGU LAGI. HANYA RM100 SAHAJA UNTUK 1000 KEPING.
BAGUS UNTUK PERNIAGAAN YANG BARU NAK BERMULA.
KAMI HANYA MENERIMA TEMPAHAN PERCETAKAN SAHAJA.
SEMUA REKAAN PERLU DISEDIAKAN SENDIRI.
THOARS Travelogue - Bandung Part 2
Travelogue kami bahagian 2. Dalam video kali ini, kami banyak tunjuk perjalanan majlis perkahwinan antara Am + Santi. Perjalanan bermula seawal jam 6 pagi (waktu Bandung). Banyak perkara yang hampir sama dengan perkahwinan di Malaysia tapi banyak juga yang berbeza. Kami harap anda terhibur dengan video kali ini c:
Friday, 31 January 2014
THOARS Travelogue - Bandung (Part 1)
Lama benar tidak meng'UPDATE' blog ini. Banyak urusan dan tugas-tugas lain yang perlu diselesaikan. Harap anda semua dapat layan Travelogue yang kami janjikan dari tahun lepas.
This is our first company trip dan kami mengambil kesempatan untuk merakamkan seberapa banyak Footage untuk dijadikan sebuah Travelogue.
Mula-mula tu agak Awkward jugaklah sebab tidak pernah bercakap dan bersembang depan kamera. Tapi kalau tak buat nanti menyesal. Peluang dah ada dan bukannya selalu ke luar negara ni kan.
Anyway, enjoy the video.
Saturday, 2 November 2013
Trip to Bandung : Wedding Cinematography & Travelogue
Alhamdulillah, syukur.
Setelah setahun lebih menubuhkan The House Of Art Studios - THOARS, kami akhirnya berpeluang untuk ke Bandung, Indonesia untuk tugasan cinematografi perkahwinan dan travelog.
Cita-cita ini telah lama kami pendam, sejak awal penubuhan syarikat lagi, tetapi ketka itu kami bercadang untuk ke Bali. Pada ketika itu, banyak lagi hal yang belum kami selesaikan tambahan pula kami masih belum punyai peralatan video dan wang yang mencukupi.
Nantikan video dan gambar-gambar kami di Bandung, Indonesia.
Friday, 11 October 2013
Apa lagi mesin fotostat mahu?
Ya cuti mereka sudah pun bermula.
Cuti sempena Hari Raya AidilAdha
Kebetulan pula petang tadi tidak ramai sangat pelajar yang datang ke kedai.
Mesin fotostat hanya tinggal satu sahaja yang boleh beroperasi kerana yang lagi dua telah rosak.
Mungkin mereka juga tidak sabar untuk bercuti.
Mesin yang terakhir itulah harapan kami untuk terus berniaga sebelum bercuti.
Apakan daya, mesin terakhir itu juga kecundang. Kecundang akibat terlalu kuat bekerja agaknya.
Apa lagi mesin fotostat mahu? Rehat dan alat ganti yang cukup?
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dari kami THE HOUSE OF ART STUDIOS (THOARS)
Saturday, 5 October 2013
Modal?
Wang itu modal. Sihat itu modal. Idea yang bernas itu juga modal.
Kami memulakan perniagaan Kedai Fotostat kami dengan modal wang yang dipinjam dari rakan.
Kami tidak keluar sesen pun duit dari poket kami. Sebab kami memang tidak berduit c:
Kami TIDAK pernah ada pengalaman dalam bidang ini.
Kami TIDAK tahu bagaimana nak mula.
Kami cuma tahu ASAS beberapa perkara dalam perniagaan.
Kami cuma nampak PELUANG yang BESAR.
Sesiapa yang berniaga di dalam UiTM Shah Alam akan tahu BESAR mana PELUANG yang ada.
Tak perlu PROMOSI yang MENGGILA.
Tak perlu NAIK harga GILA-GILA untuk UNTUNG BESAR.
Mentor kami merupakan pemilik lama kedai fotostat kami, Encik Irawan - Seorang peniaga yang cekal dan merupakan PRESIDEN di dalam PERTUBUHAN ALUMNI TUNAS MEKAR.
Ya, business memang perlukan mentor untuk anda minta pendapat, cadangan, bantuan dan segala ilmu yang berkaitan. Kami memang sangat-sangat bergantung pada beliau pada awalnya kerana kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu kami lakukan.
Supplier mana yang bagi harga murah?
Nak beli mesin ni dekat mana?
Harga sekeping berapa nak jual?
Ada untung ke?
Nak buka kedai dari pukul berapa sampai pukul berapa?
Pekerja macamana nak cari?
Nak fotostat buku ni macamana?
Semua persoalan itu TERJAWAB dalam beberapa minggu selepas kami berniaga.
Usahawan memang kerjaya yang mencabar.
Usahawan merupakan kerjaya GRED A.
Mohd Sufian Abdullah
Project Director di THOARS@MAWAR dan The House Of Art Studios
Apa Kami Buat Sekarang?
Ramai yang mengenali kami dan mahu mengetahui apa yang kami sedang buat sekarang.
Saya ada terima beberapa email yang mengatakan berminat untuk mengetahui apa yang
THE HOUSE OF ART STUDIOS sedang lakukan sekarang.
Dulu (Hujung tahun lepas dan awal tahun ini) kami sering update mengenai video-video wedding, shortfilm dan promosi-promosi.
Untuk pengetahuan rakan-rakan yang membaca blog ini, kami sekarang sedang sibuk menguruskan sebuah kedai fotostat dan alatulis di Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam. Kami pernah update juga mengenainya.
Kedai fotostat kami berjalan dengan sangat baik dibantu dengan dua orang pembantu yang bernama D dan Pa'in (Nanti kami akan update pasal mereka). Cuma pada bulan Ogos dan September baru-baru ini kami diuji dengan pelbagai masalah. Tapi alhamdulillah, kami semakin pulih dan semakin maju kehadapan.
Kami juga sibuk dengan beberapa projek lain. Banyak idea-idea yang belum kami realisasikan lagi. Kami masih perlukan modal untuk menggerakkan beberapa projek lain.
Setakat ini dulu update dari kami. Kami akan cuba mencuri masa untuk update blog ini dan berkongsi dengan anda semua.
"Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value." - ALBERT EINSTEIN
Saturday, 31 August 2013
Selamat Hari Merdeka yang ke 56!!
Teruja bila tengok Google celebrate sama.
Merdeka kah kita?
Harap keamanan negara dapat dikekalkan sampai bila-bila.
Tuesday, 4 June 2013
Khas untuk adik-adik UiTM Shah Alam II
Pukul 12 tengahari - 3 petang, harga makanan mereka murah sedikit berbanding waktu lain.
Untuk para pelajar di UiTM Shah Alam khususnya, mereka sudah semestinya
mahukan penjimatan, bukan dari segi harga makanan sahaja.
Jadi kami berbesar hati untuk memberi penjimatan kepada anda semua pada waktu berikut
3 petang - 5 petang sahaja | Isnin - Jumaat
2 jam sahaja.
Orang luar pon boleh datang jugak kalau mahu.
Kepada sesiapa yang rasa malas sangat nak 'drive' keluar dari kampus UiTM Shah Alam tu
Boleh la singgah untuk fotostat dan binding.
Saturday, 1 June 2013
Khas untuk adik-adik UiTM Shah Alam
Contoh situasi :
Lepas kelas kira-kira jam 12 tengahari, anda lepak di Dataran Cendekia. Anda baru teringat
esok ada test dan anda belum sempat mengulangkajinya.
Bila anda check nota, rupanya nota anda tertinggal di kampung.
Anda pun pinjam nota rakan anda untuk di fotostat.
Rakan anda pesan "Sila pulang nota tu sebelum pukul 1 ye"
Ye la, rakan anda pun nak mengulangkaji juga.
Bila anda fikir semula, sempat ke nak drive atau jalan kaki ke Seksyen 7
hanya semata-mata untuk fotostat nota yang tak sampai seratus helai?
Waktu itu bayangkan matahari berdiri tegak dengan sinaran yang panas.
Jika anda di dalam situasi ini, atau lebih kurang macam ni, kami ada jalan penyelesaian.
Kunjungi kedai fotostat kami di Lot 2, Kolej Kediaman Mawar.
Tak tau kat mana? Terletak bersebelahan dengan Dataran Cendekia.
Tak tau jugak? Boleh call kami 013 691 5338 / 017 215 9087
Fotostat | Binding | Alatulis | Gambar Pasport
Get Home In One Piece - Genovasi Challenge

Pernah dengar perkataan "Genovasi"
Kalau cari dalam kamus Dewan Bahasa memang takde.
Sebab "Genovasi" merupakan gabungan perkataan "Generasi" dan "Inovasi"
Kalau nak diikutkan maksud gabungan perkataan tu, generasi yang menginovasi.
Inovasi atau dalam bahasa mudah di faham bermaksud mencipta sesuatu yang baru
Okay kalau dah faham, boleh baca poster di atas c:
Genovasi Challenge ni merupakan cabaran yang dilemparkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ini bukan cabaran yang pertama ya (Nak tau lebih lanjut, sila google)
Cabarannya ialah bagaimana untuk menjadikan jalanraya di Malaysia lebih selamat.
Tagline dia cukup menganjing jugak "Get Home In One Piece"
Soooo, pada pendapat saya, event ni sangat gempak sebab 1st prize bernilai RM25,000.
Tak perlu buat proposal gempak-gempak, tak perlu buat esei melalut-lalut,
tak perlu cipta sampai jadi gadget gempak dalam kepala otak anda.
Cuma idea sahaja. Dan persembahkan idea GEMPAK anda itu dalam
Mudah bukan? Kalau mudah sila join dan beri idea yang bernas
(Idea tak bernas pon boleh, sapa tau idea BODOH anda mungkin bernilai RM25,000)
Log in to challenge.my untuk register ya
Friday, 17 May 2013
Drama Perfumes - Setiap Wangian Punya Drama Tersendiri
Kami yang di barisi oleh 3 anak muda yang berbeza latar belakang ;
berjaya mewujudkan sebuah lagi perniagaan yang berasaskan wangian.
Drama Perfumes
Idea asal oleh Syafiq Roos. Beliau baru sahaja beberapa bulan menyertai kami. Banyak aktiviti dan kerja lapangan yang beliau telah buat bersama kami.
Nantikan promosi hebat yang bakal kami umumkan dalam masa terdekat.
Sila like Facebook fan page Drama Perfumes : https://www.facebook.com/DramaPerfumes
Tuesday, 14 May 2013
Sunday, 28 April 2013
THOARS@MAWAR presents
Setelah menampal beberapa keping flyers di sekitar seksyen 7 dan seksyen 2 Shah Alam, ternyata sambutan yang diberi amat memberangsangkan. Kami cerita pasal apa?
Kami cerita pasal minyak wangi yang kami jual di kedai fotostat kami di
Kolej Mawar, UiTM Shah Alam.
Kenapa mendapat sambutan yang begitu menggalakkan eayh?
Kami rasa sebab harga promosi RM50 yang kami tawarkan ini begitu menarik perhatian
para pelanggan semua.
Ye la. Mana tak menarik perhatian. Gred AAA. Branded perfume yang memang mahal harganya tapi kami jual pada harga mampu milik. Bau tahan 5-6 jam bergantung pada penerimaan badan anda.
Kejap. Branded perfume tu macamane?
Senang cerita perfume yang orang-orang banyak duit pakai. Harga RM200 - RM300 dan ke atas.
Tapi kami jual yang gred AAA. Yang hampir sama dengan perfume original. Dari segi bau dan packagingnya memang hampir-hampir sama.
So, apa tunggu lagi?
Like fans page kami dan tengok contoh-contoh perfume yang boleh anda order di https://www.facebook.com/pages/The-House-Of-Art-Studios/160749664040391?ref=hl
Promosi sehingga 30 Jun 2013.
Lepas promosi harga akan naik. Boleh COD area Shah Alam. Nak pos satu Malaysia boleh pergi.
Tuesday, 23 April 2013
Promosi Sempena PRU-13 - Flyers MURAH MURAH MURAH
Kami ada tawaran hebat yang gempak lagi extraordinary sempena PRU-13 ni.
Cetak flyers bersaiz A5 sebanyak 1000 keping dengan hanya RM100.
Cetakan hanya sebelah muka sahaja dan berwarna penuh.
Untuk mengelakkan sebarang kelewatan atau terlepas peluang ini, sila book awal ya.
Boleh book menerusi talian yang tertera di atas atau email.
Promosi sah sehingga 5 May 2013 ^________^
p/s - Kepada sesiapa yang tak tau saiz A5 tu bagaimana, sila klik pautan ini :
http://www.papersizes.org/a-paper-sizes.htm
Friday, 19 April 2013
THOARS Copy Store - OSGP product

Mungkin anda pernah melihat poster ini di kawasan sekeliling anda.
Mungkin selepas melihat poster ini, anda akan ketawa terbahak-bahak kerana apa yang diperkatakan di dalam poster ini benar-benar berlaku pada diri anda.
Di THOARS Copy Store, bukan sahaja menjual alatulis dan menyediakan perkhidmatan fotostat, malah kami turut mengedar minyak wangi dari OSGP (Sesiapa yang tak familiar dengan OSGP, sila tambah ilmu anda dengan klik link ini http://osgperfu.me/ )
Anda boleh bau tester minyak wangi yang kami sediakan. Pelbagai jenama terkemuka seperti DKNY, Ralph Lauren, Coach, Britney Spears - Fantasy, Viva La Juicy dan banyak lagi. Tempahan diterima sekiranya barang tiada dalam stok sedia ada.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi saudara Din Letrik a.k.a Syafiq Roos di talian 0162172344.
p/s - Harga promosi RM50 untuk setiap pembelian SAH sehingga 30 Jun 2013. Untuk pengetahuan anda, gambar Monalisa digunakan bukan kerana Monalisa berbau masam, tetapi kerana Monalisa ialah Monalisa. Sekian k bai~








