Friday, 1 February 2013

Jom Analog - II

Minat pada kamera analog sebenarnya sudah lama. Bercadang untuk mempunyai sebuah kamera lomo pun sudah lama. Terlalu sibuk dengan kerja hakiki (tahun 2011) membuatkan saya tidak banyak masa nak explore kamera analog ni (ada kamera digital kompak pun tak pakai sangat).

Terpikat dengan tona warna pada hasil gambar membuatkan saya ingin explore lebih lagi.

Dah ada peluang nak beli sebuah kamera lomo, saya pun beli la satu (Bukan mahal sangat pun)


So saya nak kongsi beberapa keping gambar yang telah saya develop pada tahun 2011.































 Banyak lagi sebenarnya gambar yang nak diupload, tapi ini je kot yang sedap mata memandang ^___^

-Sufian Abdullah-



Thursday, 31 January 2013

Jom Analog



Kamera lomography pertama saya ialah dari siri La Sardina yang dibeli pada tahun 2011. Dah lama juga tak main "snap-snap" gambar sesuka hati tanpa memikirkan sebarang komposisi dan subjek yang menarik.

Terdetik semalam untuk membeli filem masa jalan-jalan dekat area Seksyen 18 Shah Alam, ternampak signboard KODAK di kedai yang agak sunyi. Tanya punya tanya, nasib baik ada lagi stock KODAK yang semakin hari semakin dilupakan dek kerana kepesatan teknologi kamera digital.

So, pagi ni bangun-bangun tidur je terus amek kamera dan lap sebab dah berhabuk sangat. 


Lepas dah berkilat kamera ni, saya pon buka kotak film 



KODAK ULTRAMAX 400 (Ni je yang ada kat kedai tu). Rasanya tak pernah lagi pakai jenis ni. Sebelum ni pernah juga try ILFORD XP2 400 (Black and White film) dan beberapa film jenis Fuji.

Menggigil juga nak buka casing belakang La Sardina. Lama sangat tak buka so ketat sikit.


Beginilah rupa dalamnya. Basic kamera takde pakai bateri ye c:


So macam ni lah kedudukan filem dalam kamera ni. Kena gulung sendiri. Setiap kali snap gambar kena gulung sendiri sampai la habis satu roll filem ni (36 exp. poses)

So nanti dah develop film, saya akan postkan gambar-gambarnya (Insyaallah kalau jadi dan menarik).

-Sufian Abdullah-







Thursday, 24 January 2013

IMAGINOVASI SkillsMalaysia 2012



         Pada bulan Oktober 2012 yang lalu, pihak SkillsMalaysia dengan kerjasama CandidSyndrome telah menganjurkan sebuah Pertandingan Video Pendek IMAGINOVASI. Pada mulanya, kami tidak bercadang untuk mengambil bahagian kerana kekangan masa dengan kerja-kerja 'printing' yang melambak. Dalam kesibukkan itu, kami cuba-cuba untuk merangka sebuah jalan cerita mengikut tema yang telah disediakan.

        Sinopsis cerita berjaya dirangka dalam masa kurang dari satu hari. Setelah dah puas hati dengan jalan cerita, kami "Brainstorm" untuk "Storyboard" dan skrip. Kami percaya dalam sesebuah filem pendek tidak perlu terlalu kompleks ceritanya lagi-lagi temanya tidak melibatkan cerita aksi atau yang memerlukan shooting berhari-hari. Cukuplah sekadar jalan cerita yang mudah dipahami dan sedikit kejutan pada penghujung cerita.

        Ini merupakan pengalaman pertama bagi syarikat produksi kami tetapi bukan yang pertama bagi saya, Sufian Abdullah, Aziz Ibrahim dan Fikry Mahazir. Bagi pelakon utama kami, Syafiq Roos (Din Letrik) kerjaya beliau sebagai wartawan di Utusan tidak pernah menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan (Semi-pro actor hahahha)

       Agak terperanjat jugak bila dinobatkan pemenang tempat kedua kerana tidak pernah termimpi atau menyangka bahawa hasil karya kami mampu untuk menang. Ini kerana pertandingan video pendek ini disertai oleh ramai yang hebat-hebat. Kemenangan ini benar-benar memberi semangat kepada kami untuk terus berkarya dan menghasilkan filem pendek yang bermutu. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan ini. ENJOY ^___^



       

Tuesday, 1 January 2013

2013. Goodbye 2012

Ini ialah post pertama kami dalam tahun 2013. Harap tahun ini lebih banyak penambahbaikan dapat dibuat dan kami telah pun menyenarai-pendek target untuk tahun ini.

Kita tinggalkan 2012 dengan banyak kenangan. Kita tinggalkan 2012 dengan mitos-mitosnya yang tersendiri. Apa yang penting kita sentiasa berada dalam keadaan positif dan sentiasa mahu ke depan.

2013

Selamat Tahun Baru

-MSA-

Friday, 28 December 2012

PROMO 2013 | 13 slots only to get this promotion

   
Salam semua,


Kami ingin berkongsi dengan anda mengenai Promo 2013 yang kami buat 'KHAS' untuk 
sesiapa yang buat majlis (Nikah/Sanding/Bertandang) pada 13 haribulan setiap bulan.
Kami akan bagi special price kepada anda iaitu RM1,200 sahaja untuk cover satu

majlis. Sebarang keraguaan, kebimbangan tarikh dicuri orang atau ingin maklumat lanjut
dari kami, sila ringan-ringankan jari anda untuk menaip email kepada kami di houseofartstudio@yahoo.com.

Contoh-contoh video : https://vimeo.com/49606548
                                     https://vimeo.com/44662345

Wednesday, 26 December 2012

29 cara untuk kekal kreatif by TOFU


Salam kepada semua, hari ini kami nak share video yang mungkin berguna untuk anda. 
Mungkin sebelum ni kami banyak share kan video-video yang banyak berkaitan art dan wedding, tapi kali ini lebih kepada motivasi dan educational sikit.

Video di atas ni kami jumpa di Vimeo masa tengah syok-syok cari idea mengenai videografi. Main picture video yang hanya 1 minit 50 saat ni betul-betul menarik minat kami untuk tekan button play.
Kami bersetuju 200% dengan apa yang diberitahu di dalam video ni. Kepada sesiapa yang tak boleh play video ni, kami share di bawah ni apa yang diperkatakan :

29 Ways To Stay Creative

1. Make lists
2. Carry A Notebook Everywhere
3. Try Free Writing
4. Get Away From Computer
5. Quit Beating Yourself Up
6. Take Breaks
7. Sing In The Shower
8. Drink Coffee
9. Listen to New Music
10. Be Open
11. Surround Yourself With Creative People
12. Get Feedback
13. Collaborate 
14. Don't Give Up
15. Practice, Practice, Practice
16. Allow Yourself To Make Mistakes
17. Go Somewhere New
18. Count Your Blessings
19. Get Lots Of Rest
20. Take Risks
21. Break The Rules
22. Don't Force It
23. Read A Page Of Dictionary
24. Create A Framework
25. Stop Trying To Be Someone Else's Perfect
26. Got An Idea? Write It Down
27. Clean Your Workspace
28. Have Fun
29. Finish Something

Walau apa pun, terima yang baik dan yang rasa tak perlu ikut tu tak payah ikut. 
Selamat menjadi insan yang kreatif c:
p/s - This great video was created by TOFU. https://vimeo.com/24302498

Friday, 7 December 2012

Wawancara oleh pelajar UiTM Shah Alam


Minggu lepas, studio kami dilawati oleh 3 orang pelajar UiTM Shah Alam. Tujuannya adalah untuk menemuramah kami untuk subjek Design Management (Kalau tak silap). Sesi temuramah berjalan selama 20 minit, banyak yang kami kongsikan bersama mereka. 

Antara soalannya ialah, "Bagaimana terfikir untuk menubuhkan sebuah syarikat dan berapa banyak modal permulaan yang diperlukan?" (Mungkin susunan ayat tidak sama, tapi maksudnya lebih kurang macam tu). Maka, kami pon berkongsi pengalaman demi pengalaman, satu per satu, dan mereka pon berpuas hati dengan ulasan yang kami berikan.

Setelah tamat sesi temuramah, kami hadiahkan T-Shirt limited edition THOARS kepada mereka tanda terima kasih tidak terhingga kerana sudi menemuramah syarikat kecil kami ini (yang bakal menjadi BESAR).

p/s - Harap lebih ramai pelajar-pelajar, wartawan-wartawan datang untuk 'interview' kami

Wednesday, 14 November 2012

The Land of Tragedy by Januri (Galeri Chandan, Publika)

                     Januri - The Land Of Tragedy from The House of Art Studios on Vimeo.

Terima kasih kepada Galeri Chandan kerana memberi kami ruang dan peluang untuk mendokumentasikan pameran ini. Terima kasih juga kepada saudara Januri kerana sudi ditemuramah dan melayan beberapa soalan dari kami. Harap video ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar seni halus, pecinta-pecinta seni dan para seniman. Insyaallah akan lebih banyak lagi video-video seperti ini dari kami. 

Sokongan anda amat kami hargai c:

-MSA, THOARS co-founder-

Dowh-Nut : THOARS 4th Generation Limited T-Shirt



THOARS 4th Generation T-Shirt 
100 pcs only
Order to made
RM50
+RM10 for postage
XS-XXL

How to order?
1. PM or Email us your NAME, PHONE NO, ADDRESS, SIZE, and QUANTITY OF T-SHIRT.
2. Make a payment (Bank in to The House Of Art Studios 562218206921 - Maybank) RM50 COD, RM60 if including postage.
3. We will update you when the T-Shirt is ready to collect or post.


Monday, 5 November 2012

Edroger Rosili - The comeback


Setelah hampir setahun lebih mendiamkan diri dari sebarang aktiviti seni, Edroger Rosili atau lebih mudah dikenali sebagai Roger kembali mewarnai dunia seni visual tanahair.
Semasa bertemu beliau minggu lalu, beliau menyampaikan hasrat untuk aktif semula berkarya menerusi pameran terbarunya di Pace Gallery pada November ini.

Krew THOARS sempat menemubual beliau di studionya yang terletak di Setia Alam dan video itu akan dikongsi di laman vimeo kami tidak lama lagi.

Tuesday, 30 October 2012

New Space : Neue Platz


THOARS | New Space

We back to business after arranging our new space.
For those who want to come and visit our new space, please inform us earlier.

From sketches, drawing and final output


Dah agak lama juga tak design character untuk dijadikan T-Shirt.
Mungkin kali ni akan berbeza sedikit dari yang lepas-lepas.
Mungkin selain T-Shirt, ada produk-produk sampingan lain.
Still dalam kuantiti yang limited, terhad, terbatas.
Kepada yang dah kumpul T-Shirt - T-Shirt kami, teruskan mengumpul.
Terima kasih c:

MSA, co-founder THOARS

Tuesday, 23 October 2012

Latest job for GCEL



Busy memang busy. For the whole week, layan job printing from this company. Berbaloi sangat. A feedback from client very good. There were satisfied with what we have done. 
Well done, THOARS!!

Monday, 15 October 2012

Year-end promotion for wedding videography


Kepada sesiapa yang sedang mencari cinematographer untuk majlis perkahwinan, kami
ada menyediakannya dengan promosi hebat dan promosi ini adalah TERHAD 
kepada 10 pasangan bertuah sahaja.


Kami bantu anda untuk jimat. Tempah tarikh sekarang untuk 
rebut peluang keemasan ini

Ingat!! hanya 10 pasangan sahaja yang akan menerima tawaran menarik ini.
Contoh video boleh tengok di https://vimeo.com/user10003455/videos

Sebarang pertanyaan dan tempahan tarikh boleh telefon terus 013 691 5338
atau email kami houseofartstudio@yahoo.com.

Thursday, 4 October 2012

Wednesday, 3 October 2012

WTS - SIGMA 85mm f1.4





SIGMA 85mm f1.4
Can use for CANON body
2nd hand 
FOR SALE
RM2500 (Nego)
RM2200
call Sufian 013 691 5338
COD SHAH ALAM, Seksyen 7