Sempena Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Alumni Tunas Mekar pada minggu hadapan, 5 Mac 2012, kami membawakan kepada anda pesanan dari Prof. Madya Dr. Jamalunlaili Abdullah, Pengarah Pembangunan Modal Insan Keusahawanan. Pesanan ini lebih kepada mengajak alumni Tunas Mekar dari siri 1 dan 2 untuk turut serta di dalam mesyuarat itu nanti.
Kami juga merupakan produk keluaran Tunas Mekar iaitu siri yang ketiga dan telah menamatkan program bersama pengusaha. Tunas Mekar sememangnya telah banyak membantu kami dalam proses mengenal dunia perniagaan dengan modul-modul yang disediakan.
Kami harap pertubuhan ini dapat mengumpulkan keseluruhan graduan Tunas Mekar dan mampu bersaing dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain dan dapat memberi manfaat kepada setiap ahlinya.