Thursday 26 January 2012

Lay=Out + De-Sign?


Ini merupakan layout cadangan yang telah dihasilkan oleh Encik Farzuk (Salah seorang rakan Tunas Mekar Siri 03). Kami telah tetapkan budget sekitar RM10 ribu untuk pengubahsuaian ofis kami termasuk barang-barang pejabat seperti sofa, meja dan kerusi.

Bahagian ofis bersifat 'Open Air' sebab kami tidak mahu berasa sesak dan sempit. Bahagian Studio/Production  memerlukan ruang yang besar kerana segala kerja-kerja pertukangan (jika ada) akan dilakukan di situ. Studio itu juga akan berfungsi menjadi studio photography, videography, painting dan sculpture. Segala disiplin tidak dilakukan secara serentak. Tetapi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ruang galeri mendominasi House of Art Studios kerana kami ingin bersaing dengan galeri-galeri baru yang ada disekitar Kuala Lumpur walaupun hanya mempamerkan karya-karya seniman muda. Di ruang galeri itu juga akan dijadikan ruang untuk para pelajar seni belajar teknik-teknik melukis yang bakal diadakan sebaik sahaja bilangan para pelajar telah mencukupi. Bahagian galeri (jika kosong) boleh disewa untuk tujuan kesenian, dan pelancaran produk.

Saturday 21 January 2012

Latest customer~


D' Unsangkarable

Quick Dry T-Shirt
18pcs
January 2011

Thanks to Akmal from FSPU, UiTM Shah Alam

Thursday 19 January 2012

Uniform and Tee sample are here~

                                  Beberapa sample baju telah sample untuk rujukan para pelanggan

Setelah lama menunggu, akhirnya dapat jugak kami beli sample2 baju untuk rujukan para pelanggan. Ye la, pelanggan datang mesti nak tengok and rasa kain tu macamana, tebal ke nipis ke, panas ke, lembut ke kasar ke. Kadang-kadang cakap je nanti diorang tak dapat imagine. So, pelanggan semua boleh la datang ke sini untuk rasa sendiri fabrik-fabrik baju ni (Bukan rasa tu suruh makan plak @.@)

Thursday 12 January 2012

The Future of T-Shirt Graphics

Kami tertarik dengan video ni. So sila la layan dengan teliti. Thanks to Vimeo



NEXT: The future of T-shirt graphics from T-world on Vimeo.

p/s- Sori la tak reti nak setting video ni kasi ke tengah. Janji boleh layan kan.. hehehe

Wednesday 11 January 2012

Not For Sale!


Not For Sale, For Promo Only

Ni sebenarnya tajuk buku tu. Bukannya kitorang taknak jual ke apa. Buku ni kami beli last 2 months.

Banyak rujukan yang boleh dibuat mengenai product-product berjaya seluruh dunia. Bagaimana 
product tu dipasarkan. Bukan sahaja tertumpu pada penghasilan product.

Masa kami dapat je buku ni, mata tak berkelip. Tengok dari kulit depan ke kulit belakang.
Finishing buku pon sangat menarik. Ikutkan kami bukan la ulat buku sangat(haha) tapi 
buku ni benar-benar buat kami macam dah macam ulat buku.

Nak tengok buku ni? Datang la House of Art, Seksyen 7 (Not For Sale) hehe
Kalo nak beli g beli kat Basheer.
OkTengsBai

Banksy and his works all over the world (Not official)

We just bought Banksy book(hahaha) and we would like to share it with you guys.













Haaa ni sikit je. Kalo nak tengok sepenuhnya datang la ofis kami di Seksyen 7 c:

Tuesday 10 January 2012

WE WANT COMBI


WE WANT COMBI~ c:
Agak-agak ada tak sape-sape yang kaya yang nak hadiahkan kami Volkswagen Combi ni

Boleh la kami buat jadi kenderaan Official House of Art. 

We really want this Combi c:

Special tag for limited Tees~


Special tag for our Limited Editions T-Shirt. Special for our customer.
Thanks for supporting us

p/s - Pre-Order for "THE THINKER" still open. Please check 'STUFF'
tab for more information.

Monday 9 January 2012

Cendol terbaik~

Hari ni kami nak post berbeza sikit dari hari-hari lain. hehehhe bukan apa saja ubah angin. 



Tadaaaaaaaaaaaa.. Sapa yang tak kenal dengan lori cendol ni. Sapa-sapa yang duduk area seksyen 7 kalo tak tau ni sila hantuk kepala anda di palang peti sejuk umah anda yeee hahaha.

Masa kami student dlu, pantang balik kelas petang time panas-panas mesti nak singgah. Cendol + Pulut + Tapai = Syahduuuuu. Sekali minum tak lebih RM2.50 tak mahal pon kan. Berbanding Tutti Frutti yang korang agung-agung kan tu @.@ hehe..


Ni la rupa cendol + pulut yang kami makan tadi. Perghhh sapa tak try lagi pegi la try dlu.. hehe. Jangan lupa ajak kitorang skali.



Art Class at House of Art


Kepada sesiapa yang berminat, boleh buat pendaftaran sekarang. Terhad dan terbatas umur para peserta. Sesuai untuk pelajar sekolah menengah sebenarnya. Pelajar SPM, STPM digalakkan. Diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. So kepada sesiapa yang ada adik, atau sanak saudara yang ingin belajar melukis, harap dapat sampaikan kepada mereka.


p/s - Pakat ramai-ramai satu kelas pon cantik juga. Boleh belajar sama-sama

Saturday 7 January 2012

January 2012 Promo session

Check it out our temporary banner for our shop/office/gallery.

Hi all,


Maybe before this we upload a picture without clearly state where is our office. But yesterday, after collecting cash from our empty pocket, we can only afford a temporary banner and 2 pieces of bunting. The size of banner is 13 x 4 feet. After this you can easily find our office c:


T-Shirt promo bunting c:

We print 2 pieces of bunting size 6 x 2 feet just to promote our main service - T-shirt printing c: We have in-house designers to help you create your own design. Plus, a creative manager to advice you on choosing a right material for you T-Shirt.  

Friday 6 January 2012

4 hari lagi!!


Our creative manager busy checking the final layout before proceed to the next stage.

4 hari lagi PRE-ORDER untuk baju "The Thinker" akan ditutup. Maknanya segala tempahan sepanjang tempoh itu akan diproses. Cetakan mengambil masa lebih kurang satu minggu jika tiada apa-apa masalah. Dan bila dah siap cetak, siapa yang pos kami akan pos menerusi Pos Laju. Siapa yang COD, bolehlah ambik kat ofis kitorang di Seksyen 7 Shah Alam atau set dengan kami dimana nak jumpa area Shah Alam.

Tuesday 3 January 2012

XTVT 3 Jan 2012

Hari ni merupakan hari pertama House of Art beroperasi secara penuh setelah 2 bulan beroperasi secara separuh masa. Tapi dalam minggu pertama ni, kami banyak kerja-kerja luar yang perlu diselesaikan (KWSP, Bank) dan beberapa kerja-kerja memasang papan iklan (atau dalam bahasa omputihnya, Sign board). Tidak menjadi masalah untuk para pelanggan yang ingin berurusan dengan kami boleh telefon 013 691 5338 (Pyan) atau 017 2159087 (Aziz). Jika tiada apa-apa urusan luar kami akan berada dia office dari pukul 10pg - 6ptg dari Isnin hingga Jumaat c:


Sunday 1 January 2012

Happy New Year 2012

Selamat Tahun Baru 2012.. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat merasai kemeriahan tahun 2012. Kami di House of Art akan memastikan syarikat kami berjalan seperti yang telah dirancangkan pada tahun ini. Semoga dengan sokongan anda semua, kami dapat merealisasikan impian kami sebelum menjelang 2013.

Assalamualaikum~

Sufian & Aziz
House of Art
Shah Alam, Malaysia