Tuesday 31 July 2012

Promosi Aidilfitri - POSTER



Salam Ramadhan
Kami di THOARS berbesar hati untuk mengumumkan promosi sempena Aidilfitri yang akan bakal menjelang beberapa minggu sahaja lagi.
Kami melancarkan promosi yang pertama iaitu untuk cetakan Poster bersaiz A2 & A3.
Promosi bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2012.
Jadi, apa tunggu lagi? Cepat design Poster anda sekarang dan hantar kepada kami untuk cetakan full colour di atas kertas 128gsm Art Paper. 
Agen-agen diperlukan (nak dapat duit raya tak?)

Saturday 14 July 2012

Friday 6 July 2012

Forum Kerjaya @THOARS




Tanggal 23 Jun 2012 merupakan hari paling bersejarah untuk kami di The House Of Art Studios@THOARS kerana kami menerima kunjungan seramai 85 orang pelajar tahun akhir UiTM Sri Iskandar, Perak. Semua pelajar ini merupakan pelajar jurusan seni halus peringkat diploma yang dijangka akan menamatkan pengajian pada tahun ini. 

Tajuk forum kami pada hari itu ialah 'Kerjaya selepas belajar'. Seperti apa yang kami maklum, sukar bagi para graduan seni halus untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Kami juga merupakan lulusan seni halus peringkat Ijazah dan kami dapati masalah itu bukanlah sesuatu yang 'kronik'. Kami bercerita mengenai pengalaman kami yang baru sahaja 6 bulan beroperasi dan menggunakan segala kepakaran yang telah dipelajari oleh semua pelajar seni halus. Tidak ada satu pun yang kami tidak belajar. Semuanya sama, mungkin 'subject matter'nya sahaja berbeza. Para pelajar juga diterangkan mengenai penglibatan di dalam bidang perniagaan.

Forum yang berlangsung selama 1 jam lebih itu diisi dengan soal jawab dari para pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang perniagaan yang kami jalankan. Tayangan video-video portfolio kami juga menarik perhatian para pelajar dan beberapa sesi soal jawab mengenai bagaimana cara penghasilan video dan 'software' yang sesuai untuk proses suntingan video telah berlangsung dan diharap para pelajar dapat mendapat manfaatnya.

Insyaallah selepas ini lebih banyak forum-forum seperti ini dapat diadakan, dan kami mengalu-alukan kepada mana-mana institusi yang ingin menggunakan khidmat kami untuk forum seperti ini. Kelas asas videografi DSLR juga akan diadakan tidak lama lagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 5523 7610 - Miss Neeloffa (Marketing Executive) atau Mohd Sufian Abdullah (Co-founder/Project Director)