Thursday 31 January 2013

Jom Analog



Kamera lomography pertama saya ialah dari siri La Sardina yang dibeli pada tahun 2011. Dah lama juga tak main "snap-snap" gambar sesuka hati tanpa memikirkan sebarang komposisi dan subjek yang menarik.

Terdetik semalam untuk membeli filem masa jalan-jalan dekat area Seksyen 18 Shah Alam, ternampak signboard KODAK di kedai yang agak sunyi. Tanya punya tanya, nasib baik ada lagi stock KODAK yang semakin hari semakin dilupakan dek kerana kepesatan teknologi kamera digital.

So, pagi ni bangun-bangun tidur je terus amek kamera dan lap sebab dah berhabuk sangat. 


Lepas dah berkilat kamera ni, saya pon buka kotak film 



KODAK ULTRAMAX 400 (Ni je yang ada kat kedai tu). Rasanya tak pernah lagi pakai jenis ni. Sebelum ni pernah juga try ILFORD XP2 400 (Black and White film) dan beberapa film jenis Fuji.

Menggigil juga nak buka casing belakang La Sardina. Lama sangat tak buka so ketat sikit.


Beginilah rupa dalamnya. Basic kamera takde pakai bateri ye c:


So macam ni lah kedudukan filem dalam kamera ni. Kena gulung sendiri. Setiap kali snap gambar kena gulung sendiri sampai la habis satu roll filem ni (36 exp. poses)

So nanti dah develop film, saya akan postkan gambar-gambarnya (Insyaallah kalau jadi dan menarik).

-Sufian Abdullah-







Thursday 24 January 2013

IMAGINOVASI SkillsMalaysia 2012



         Pada bulan Oktober 2012 yang lalu, pihak SkillsMalaysia dengan kerjasama CandidSyndrome telah menganjurkan sebuah Pertandingan Video Pendek IMAGINOVASI. Pada mulanya, kami tidak bercadang untuk mengambil bahagian kerana kekangan masa dengan kerja-kerja 'printing' yang melambak. Dalam kesibukkan itu, kami cuba-cuba untuk merangka sebuah jalan cerita mengikut tema yang telah disediakan.

        Sinopsis cerita berjaya dirangka dalam masa kurang dari satu hari. Setelah dah puas hati dengan jalan cerita, kami "Brainstorm" untuk "Storyboard" dan skrip. Kami percaya dalam sesebuah filem pendek tidak perlu terlalu kompleks ceritanya lagi-lagi temanya tidak melibatkan cerita aksi atau yang memerlukan shooting berhari-hari. Cukuplah sekadar jalan cerita yang mudah dipahami dan sedikit kejutan pada penghujung cerita.

        Ini merupakan pengalaman pertama bagi syarikat produksi kami tetapi bukan yang pertama bagi saya, Sufian Abdullah, Aziz Ibrahim dan Fikry Mahazir. Bagi pelakon utama kami, Syafiq Roos (Din Letrik) kerjaya beliau sebagai wartawan di Utusan tidak pernah menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan (Semi-pro actor hahahha)

       Agak terperanjat jugak bila dinobatkan pemenang tempat kedua kerana tidak pernah termimpi atau menyangka bahawa hasil karya kami mampu untuk menang. Ini kerana pertandingan video pendek ini disertai oleh ramai yang hebat-hebat. Kemenangan ini benar-benar memberi semangat kepada kami untuk terus berkarya dan menghasilkan filem pendek yang bermutu. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan ini. ENJOY ^___^



       

Tuesday 1 January 2013

2013. Goodbye 2012

Ini ialah post pertama kami dalam tahun 2013. Harap tahun ini lebih banyak penambahbaikan dapat dibuat dan kami telah pun menyenarai-pendek target untuk tahun ini.

Kita tinggalkan 2012 dengan banyak kenangan. Kita tinggalkan 2012 dengan mitos-mitosnya yang tersendiri. Apa yang penting kita sentiasa berada dalam keadaan positif dan sentiasa mahu ke depan.

2013

Selamat Tahun Baru

-MSA-