Thursday 14 February 2013

Jinjit - The Best Place For Custom Framing



Salam kepada peminat-peminat seni lukis tanahair di luar sana, kami nak share tempat untuk tempah 

frame yang sangat-sangat terbaik. Ramai penggiat seni yang dah tau kewujudan kedai frame bernama 

JINJIT ni yang terletak di Puncak Alam. Tapi, kepada yang belum tau, ini adalah salah sebuah kedai 

frame yang anda harus pergi untuk mendapat kualiti frame yang terbaik.






Ini merupakan ruang dalam kedai frame ni. Banyak barang-barang vintage, ceramik dan souvenir yang

boleh dibeli pada harga yang sangat berpatutan. Memang rambang mata kalau first time masuk kedai ni.

Banyak souvenir yang cantik-cantik yang boleh anda beli selain dari datang dan tempah frame.






Gambar dalam kedai dari sudut yang berbeza. So korang boleh bayangkan keadaan JINJIT ni. 

Tersusun rapi, bersih, selesa dan BEST.





Ini antara contoh-contoh bingkai yang mereka ada. Yang mahal, yang kurang mahal, yang murah sikit 

semua ada. Ikut budget korang dan taste korang nak frame macam mana. Biasanya kalau artist, ramai

yang guna bingkai putih. If korang tak tau nak guna frame apa, mintak je pendapat saudara "Rock".

Beliau boleh beri pendapat sebab beliau ni memang pakar dalam bab-bab frame ni. Tanya je sebab 

beliau sangat friendly orangnya c:





Haaaa ini lah dia saudara "Rock" yang saya cakapkan tadi. Sebarang pertanyaan boleh je terus ke

kedai frame JINJIT ni. Boleh add FB mereka di http://www.facebook.com/jinjit.patisatu 


- Sufian Abdullah -



1 comment:

  1. sangat best kedai frame ni, haritu first time masuk kedai pon saya dah rambang mata tengok souvenir, seramik dan juga pelbagai jenis frame. Brother Rock pun sempoi sangat, so friendly ☺ apa apa pun, memang rekemen kan kedai frame ni 😉

    ReplyDelete