Tuesday 4 June 2013

Khas untuk adik-adik UiTM Shah Alam II



Selalunya kita akan nampak promosi macam ni dekat McD atau KFC.

Pukul 12 tengahari - 3 petang, harga makanan mereka murah sedikit berbanding waktu lain.

Untuk para pelajar di UiTM Shah Alam khususnya, mereka sudah semestinya

mahukan penjimatan, bukan dari segi harga makanan sahaja.

Jadi kami berbesar hati untuk memberi penjimatan kepada anda semua pada waktu berikut

3 petang - 5 petang sahaja | Isnin - Jumaat

2 jam sahaja.

Orang luar pon boleh datang jugak kalau mahu.

Kepada sesiapa yang rasa malas sangat nak 'drive' keluar dari kampus UiTM Shah Alam tu

Boleh la singgah untuk fotostat dan binding.

Saturday 1 June 2013

Khas untuk adik-adik UiTM Shah Alam



Untuk adik-adik yang belajar di kampus UiTM Shah Alam, pernah tak ada 

masalah malas nak pergi fotostat sebab kedai fotostat jauh?

Contoh situasi :

Lepas kelas kira-kira jam 12 tengahari, anda lepak di Dataran Cendekia. Anda baru teringat

esok ada test dan anda belum sempat mengulangkajinya.

Bila anda check nota, rupanya nota anda tertinggal di kampung.

Anda pun pinjam nota rakan anda untuk di fotostat.

Rakan anda pesan "Sila pulang nota tu sebelum pukul 1 ye"

Ye la, rakan anda pun nak mengulangkaji juga.

Bila anda fikir semula, sempat ke nak drive atau jalan kaki ke Seksyen 7

hanya semata-mata untuk fotostat nota yang tak sampai seratus helai?

Waktu itu bayangkan matahari berdiri tegak dengan sinaran yang panas.

Jika anda di dalam situasi ini, atau lebih kurang macam ni, kami ada jalan penyelesaian.

Kunjungi kedai fotostat kami di Lot 2, Kolej Kediaman Mawar.

Tak tau kat mana? Terletak bersebelahan dengan Dataran Cendekia.

Tak tau jugak? Boleh call kami 013 691 5338 / 017 215 9087

Fotostat | Binding | Alatulis | Gambar Pasport

Get Home In One Piece - Genovasi Challenge



Pernah dengar perkataan "Genovasi"

Kalau cari dalam kamus Dewan Bahasa memang takde.

Sebab "Genovasi" merupakan gabungan perkataan "Generasi" dan "Inovasi"

 Kalau nak diikutkan maksud gabungan perkataan tu, generasi yang menginovasi.

Inovasi atau dalam bahasa mudah di faham bermaksud mencipta sesuatu yang baru 
(ni dari segi pemahaman ADMIN).

Okay kalau dah faham, boleh baca poster di atas c:

Genovasi Challenge ni merupakan cabaran yang dilemparkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini bukan cabaran yang pertama ya (Nak tau lebih lanjut, sila google)

Cabarannya ialah bagaimana untuk menjadikan jalanraya di Malaysia lebih selamat.

Tagline dia cukup menganjing jugak "Get Home In One Piece"

Soooo, pada pendapat saya, event ni sangat gempak sebab 1st prize bernilai RM25,000.

Tak perlu buat proposal gempak-gempak, tak perlu buat esei melalut-lalut,

tak perlu cipta sampai jadi gadget gempak dalam kepala otak anda.

Cuma idea sahaja. Dan persembahkan idea GEMPAK anda itu dalam 

bentuk Video yang hanya 2-5 minit sahaja.

Mudah bukan? Kalau mudah sila join dan beri idea yang bernas

(Idea tak bernas pon boleh, sapa tau idea BODOH anda mungkin bernilai RM25,000)

Log in to challenge.my untuk register ya