Tuesday 22 May 2012

THOARS on TWITTER



Follow us on Twitter.com (@Thoars)
We will update our latest job, news, project and product and also our video c:


Es-Serut Bolognaise - Carbonara Brochure


Latest project
Brochure A4 C - Fold
Email us to get any printing quotation

Thursday 17 May 2012

Colour Psychology in Logo Design


Just want to share a brilliant fact that really can help u guys to
choose suitable colour for your own logo. So, u have a basic knowledge about colour at least c:

Thursday 10 May 2012

Songsang - Galeri Chandan, Bukit Damansara



Enjoy~

'Belachoo Bag'


Order Now!!
Kalau nak tengok sample, boleh datang kedai kami di No 14B, Jalan Plumbum Q/7Q, Seksyen 7 Shah Alam.
If nak quotation, just email us at houseofartstudio@yahoo.com or call 013-691 5338 (Sufian)

Thursday 3 May 2012

Kotak Otak Tak?

Mesti ada yang ingat kami post pasal "OTAK" kan? hahaha Takde kaitan langsung sebenarnya. Kami nak SHARE website yang boleh custom "KOTAK" untuk anda.


Ramai yang tak tau fungsi kotak ni. Banyak gunanya kotak-kotak ni sebagai contoh untuk packaging produk anda, nak kemas-kemas barang untuk pindah ke, nak buat sculpture ke, nak buat ape-ape pon boleh la.




http://www.boxman.com.my/usr/home.aspx




Review website ni kalo nak tengok contoh-contoh kotak.

Faiz Yunus - Knots



Video Art Project by The House Of Art Studios (THOARS)
This video was shoot by Fikry Mahazir & Abdul Aziz Ibrahim
Edited by Mohd Sufian Abdullah
Idea and concept by THOARS
NN Gallery, Ampang
17 April 2012
Special thanks to Faiz Yunus, NN Gallery and Nando's Malaysia

Tuesday 1 May 2012

We made it~ Year One

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat dan rezeki yang melimpah dari Allah s.w.t kerana memberi kami kekuatan untuk berjuang sehingga ke hari ini. Berjuang bukan berhimpun macam bersih tu, tapi berjuang untuk meneruskan impian memiliki sebuah perniagaan di dalam bidang kreatif yang luas ini. Banyak dugaan yang perlu kami tempuhi lagi masa hadapan. Yang lepas tu lepas la kan, kami cari pengganti dan menambahbaik THOARS dari semasa ke semasa.

THOARS(The House Of Art Studios) asalnya dari HOA dan perkataan ini tidak membawa maksud secara sebutannya. Ianya adalah acronym - House Of Art. Kami telah mendaftar dengan SSM pada bulan Mei tahun lalu dan telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Yela, masa tu memang takde modal langsung. Duit gaji kerja dengan orang pon tak seberapa. Dapat la menyimpan sikit sebab adanya elaun dari Tunas Mekar. Kami merupakan antara produk Tunas Mekar Selangor Siri 3 yang telah memulakan perniagaan.

Oktober 2011 - Kami nekad untuk menyewa sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan secara penuh. Fikir-fikir balik sewanya memang mahal. Tapi tempat yang strategik dan hujung minggunya dipenuhi oleh orang yang ingin membeli kain dan tudung disekitar kawasan ni (Fareeda, Jakel, Pearl Hayya, sekadar menyebut beberapa nama). "Take a risk" dan kami nekad teruskan juga menyewa disini sampai la sekarang.

November - Disember 2011 - Kami bertungkus-lumus mengemas segenap ruang kedai yang telah kami sewa tu. Dari takde meja, kami beli meja. Sikit-sikit. Modal pun 100 percent dari syer partner. Masih tiada lagi bank atau badan-badan yang sanggup nak beri pinjaman kepada kami pada waktu itu. Kami benar-benar nekad untuk teruskan perniagaan.

Januari 2012 - Kami telah membuka perniagaan secara penuh dari pukul 10 - 6 petang. Tapi pada waktu itu, hanya rekaan dan cetakan sahaja. Masing-masing sibuk mencari 'job' untuk memastikan kami boleh tampung segala bebanan hutang hujung bulan. Bayar gaji, sewa, api dan air memang agak berat untuk kami fikirkan, tapi dengan adanya dorongan daripada keluarga dan kenali kami mampu berdiri teguh.

Februari 2012 - Skop pekerjaan - Wedding Videography dapat dilaksanakan dengan bantuan beberapa orang rakan lain. Walaupun masih amatur dalam hal-hal kamera digital (DSLR), tapi kami layankan aje. 2 DSLR, sebatang monopod, dan beberapa keping SD Card berkapasiti 16gigabyte menjadi senjata kami pada waktu itu. Lokasi Bachok, Kelantan https://vimeo.com/39817379 


Mac 2012 - Makin banyak tempahan T-Shirt dari sekolah menengah, UiTM dan kenalan rapat. Perkhidmatan mereka logo, "Business Card" dan banner sangat membantu kami untuk bertahan sepanjang

bulan Mac.


April 2012 - Idea untuk merealisasikan Video Art Project telah pun berjaya dengan usaha gigih THOARS crew (Mohd Sufian Abdullah, Abdul Aziz Ibrahim, Fikry Mahazir dan Mr. A). Walaupun masih diperingkat 'Cuba-cuba', tapi hasilnya begitu memuaskan hati dan berharap sangat akan bertambah baik di masa akan datang. Dengan jumlah jualan sebanyak hampir RM10,000 pada bulan April, dapat sedikit-sebanyak kami menambah peralatan videography. Kelas seni pertama kami juga dapat berjalan dengan lancar pada awal April dan kami akan adakan lebih banyak kelas seni pada waktu akan datang.


Mei 2012 - Kami harap sesuatu yang lebih dapat dilakukan kerana kami semakin matang menguruskan perniagaan walaupun tanpa asas yang begitu kukuh. Pengalaman benar-benar membantu kami mengurus segala kerja dengan baik.