Setelah beberapa bulan menceburkan diri di dalam bidang fotografi dan videografi perkahwinan, kami ingin mencuba sesuatu yang berbeza, bukanlah banyak bezanya,
cuma subjek dan clientnya sahaja.
Mengambil gambar 'setting' yang pegun dan dibantu dengan dekorasi ruang yang menarik sedikit-sebanyak memberi pengalaman baru bagi kami. Tidak ramai berpeluang menceburkan diri di dalam bidang ini (walaupun sebenarnya dah ramai tetapi kurang pendedahan). Apa yang kami boleh katakan, bidang ini sesuatu yang menyeronokkan dan mampu memberi pulangan yang tinggi.
p/s - Bila la nak dapat rasa tidur dalam bilik tidur macam ni~