Bahagian ofis bersifat 'Open Air' sebab kami tidak mahu berasa sesak dan sempit. Bahagian Studio/Production memerlukan ruang yang besar kerana segala kerja-kerja pertukangan (jika ada) akan dilakukan di situ. Studio itu juga akan berfungsi menjadi studio photography, videography, painting dan sculpture. Segala disiplin tidak dilakukan secara serentak. Tetapi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Ruang galeri mendominasi House of Art Studios kerana kami ingin bersaing dengan galeri-galeri baru yang ada disekitar Kuala Lumpur walaupun hanya mempamerkan karya-karya seniman muda. Di ruang galeri itu juga akan dijadikan ruang untuk para pelajar seni belajar teknik-teknik melukis yang bakal diadakan sebaik sahaja bilangan para pelajar telah mencukupi. Bahagian galeri (jika kosong) boleh disewa untuk tujuan kesenian, dan pelancaran produk.
No comments:
Post a Comment