Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

Khas untuk adik-adik UiTM Shah Alam II



Selalunya kita akan nampak promosi macam ni dekat McD atau KFC.

Pukul 12 tengahari - 3 petang, harga makanan mereka murah sedikit berbanding waktu lain.

Untuk para pelajar di UiTM Shah Alam khususnya, mereka sudah semestinya

mahukan penjimatan, bukan dari segi harga makanan sahaja.

Jadi kami berbesar hati untuk memberi penjimatan kepada anda semua pada waktu berikut

3 petang - 5 petang sahaja | Isnin - Jumaat

2 jam sahaja.

Orang luar pon boleh datang jugak kalau mahu.

Kepada sesiapa yang rasa malas sangat nak 'drive' keluar dari kampus UiTM Shah Alam tu

Boleh la singgah untuk fotostat dan binding.

Saturday, 1 June 2013

Khas untuk adik-adik UiTM Shah Alam



Untuk adik-adik yang belajar di kampus UiTM Shah Alam, pernah tak ada 

masalah malas nak pergi fotostat sebab kedai fotostat jauh?

Contoh situasi :

Lepas kelas kira-kira jam 12 tengahari, anda lepak di Dataran Cendekia. Anda baru teringat

esok ada test dan anda belum sempat mengulangkajinya.

Bila anda check nota, rupanya nota anda tertinggal di kampung.

Anda pun pinjam nota rakan anda untuk di fotostat.

Rakan anda pesan "Sila pulang nota tu sebelum pukul 1 ye"

Ye la, rakan anda pun nak mengulangkaji juga.

Bila anda fikir semula, sempat ke nak drive atau jalan kaki ke Seksyen 7

hanya semata-mata untuk fotostat nota yang tak sampai seratus helai?

Waktu itu bayangkan matahari berdiri tegak dengan sinaran yang panas.

Jika anda di dalam situasi ini, atau lebih kurang macam ni, kami ada jalan penyelesaian.

Kunjungi kedai fotostat kami di Lot 2, Kolej Kediaman Mawar.

Tak tau kat mana? Terletak bersebelahan dengan Dataran Cendekia.

Tak tau jugak? Boleh call kami 013 691 5338 / 017 215 9087

Fotostat | Binding | Alatulis | Gambar Pasport

Friday, 19 April 2013

THOARS Copy Store - OSGP product



Mungkin anda pernah melihat poster ini di kawasan sekeliling anda.

Mungkin selepas melihat poster ini, anda akan ketawa terbahak-bahak kerana apa yang diperkatakan di dalam poster ini benar-benar berlaku pada diri anda.

Di THOARS Copy Store, bukan sahaja menjual alatulis dan menyediakan perkhidmatan fotostat, malah kami turut mengedar minyak wangi dari OSGP (Sesiapa yang tak familiar dengan OSGP, sila tambah ilmu anda dengan klik link ini http://osgperfu.me/ )

Anda boleh bau tester minyak wangi yang kami sediakan. Pelbagai jenama terkemuka seperti DKNY, Ralph Lauren, Coach, Britney Spears - Fantasy, Viva La Juicy dan banyak lagi. Tempahan diterima sekiranya barang tiada dalam stok sedia ada.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saudara Din Letrik a.k.a Syafiq Roos di talian 0162172344.

p/s - Harga promosi RM50 untuk setiap pembelian SAH sehingga 30 Jun 2013. Untuk pengetahuan anda, gambar Monalisa digunakan bukan kerana Monalisa berbau masam, tetapi kerana Monalisa ialah Monalisa. Sekian k bai~

Thursday, 28 February 2013

Rezeki Allah Episode I



Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya.

Itulah ayat pertama yang terungkap dari mulut apabila mendapat berita bahawa saya telah dapat tender untuk membuka sebuah kedai fotostat dan alat tulis di Kolej Mawar, UiTM Shah Alam.

Memang sudah lama saya dan rakan kongsi (Aziz) mengidamkan kedai fotostat ini.
Bukan kerana lokasinya yang bersebelahan dengan kolej wanita, tetapi kerana lambakan prospek disekitar kedai itu.

Saya tanpa banyak fikir, terus menandatangani surat setujuterima dan membayar sewa untuk setahun seperti yang telah ditetapkan oleh pejabat bendahari UiTM.



Berpeluh juga mencari duit untuk membayar sewa selama setahun ni. Nasib baik ada beberapa orang rakan yang sudi untuk join venture dengan saya dan Aziz.

Pembayaran pun dibuat di Bank Islam berdekatan.


Sayu melihat duit diambil oleh pegawai bank sobb sobb... ;c hehehe tapi takpe la kan, boleh cari lagi..
Pembayaran sangat simple dan mudah. Tak leceh langsung. Isi-isi borang terus pegi kaunter


Lepas dah bayar saya terus pegi Ruang Niaga UiTM untuk collect kunci kedai. Lepas tu submit perjanjian dan borang setujuterima di Bendahari Zon 3. Mudah. sangat mudah.



Saya akan update lagi untuk gambar-gambar kedai di Kolej Mawar. Apa saya ingin kongsi disini ialah rezeki Allah ada dimana-mana. Yang penting kita usaha ke arah sesuatu yang lebih baik.

- Sufian -






Friday, 7 December 2012

Wawancara oleh pelajar UiTM Shah Alam


Minggu lepas, studio kami dilawati oleh 3 orang pelajar UiTM Shah Alam. Tujuannya adalah untuk menemuramah kami untuk subjek Design Management (Kalau tak silap). Sesi temuramah berjalan selama 20 minit, banyak yang kami kongsikan bersama mereka. 

Antara soalannya ialah, "Bagaimana terfikir untuk menubuhkan sebuah syarikat dan berapa banyak modal permulaan yang diperlukan?" (Mungkin susunan ayat tidak sama, tapi maksudnya lebih kurang macam tu). Maka, kami pon berkongsi pengalaman demi pengalaman, satu per satu, dan mereka pon berpuas hati dengan ulasan yang kami berikan.

Setelah tamat sesi temuramah, kami hadiahkan T-Shirt limited edition THOARS kepada mereka tanda terima kasih tidak terhingga kerana sudi menemuramah syarikat kecil kami ini (yang bakal menjadi BESAR).

p/s - Harap lebih ramai pelajar-pelajar, wartawan-wartawan datang untuk 'interview' kami

Wednesday, 28 March 2012

THOARS booth @UiTM, Shah Alam (21 Mac 2012)





Sempena PM kita melawat UiTM tempoh hari, kami diberi peluang untuk buka booth di hadapan Dewan Agung Tuanku Canselor. Ramai rakan-rakan lain yang berniaga (Alumni Tunas Mekar) turut serta. Kami menjual T-Shirt dan Bag rekaan sendiri dan terhad. Seramai 6,000 orang membanjiri tapak jualan pada hari tersebut.