Sunday, 3 May 2015

Slow and Steady : The Survival

Hasil jualan pada bulan April yang lalu tidak begitu memberangsangkan. Tambahan pula, pelajar Diploma telah pulang ke kampung halaman kerana cuti semester.

Cuti pertengahan semester bagi pelajar Ijazah juga menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi kedai fotostat kami. Mana tidaknya, cuti seminggu siapa sahaja yang mahu datang ke kedai kami?

Kekurangan jualan di dalam Kolej Mawar disokong oleh kerja-kerja luar yang kami ada sebelum ini. Boleh lah setakat mahu membayar hutang-hutang dan menyara tanggungan. Hendak menyimpan? Kirim salam sahajalah.

Insyaallah bulan Mei ini hasil jualan dijangka akan meningkat semula ekoran sesi pembelajaran yang akan diteruskan sehingga mereka (Pelajar Ijazah) menduduki peperiksaan pada bulan Jun (Pertengahan).

Semoga kami terus 'Survive' dalam menempuhi liku-liku perniagaan. Segala penambahbaikan dalam mengurus kewangan dan pekerja akan kami lakukan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment