Thursday 31 January 2013

Jom Analog



Kamera lomography pertama saya ialah dari siri La Sardina yang dibeli pada tahun 2011. Dah lama juga tak main "snap-snap" gambar sesuka hati tanpa memikirkan sebarang komposisi dan subjek yang menarik.

Terdetik semalam untuk membeli filem masa jalan-jalan dekat area Seksyen 18 Shah Alam, ternampak signboard KODAK di kedai yang agak sunyi. Tanya punya tanya, nasib baik ada lagi stock KODAK yang semakin hari semakin dilupakan dek kerana kepesatan teknologi kamera digital.

So, pagi ni bangun-bangun tidur je terus amek kamera dan lap sebab dah berhabuk sangat. 


Lepas dah berkilat kamera ni, saya pon buka kotak film 



KODAK ULTRAMAX 400 (Ni je yang ada kat kedai tu). Rasanya tak pernah lagi pakai jenis ni. Sebelum ni pernah juga try ILFORD XP2 400 (Black and White film) dan beberapa film jenis Fuji.

Menggigil juga nak buka casing belakang La Sardina. Lama sangat tak buka so ketat sikit.


Beginilah rupa dalamnya. Basic kamera takde pakai bateri ye c:


So macam ni lah kedudukan filem dalam kamera ni. Kena gulung sendiri. Setiap kali snap gambar kena gulung sendiri sampai la habis satu roll filem ni (36 exp. poses)

So nanti dah develop film, saya akan postkan gambar-gambarnya (Insyaallah kalau jadi dan menarik).

-Sufian Abdullah-







No comments:

Post a Comment