Thursday 24 January 2013

IMAGINOVASI SkillsMalaysia 2012



         Pada bulan Oktober 2012 yang lalu, pihak SkillsMalaysia dengan kerjasama CandidSyndrome telah menganjurkan sebuah Pertandingan Video Pendek IMAGINOVASI. Pada mulanya, kami tidak bercadang untuk mengambil bahagian kerana kekangan masa dengan kerja-kerja 'printing' yang melambak. Dalam kesibukkan itu, kami cuba-cuba untuk merangka sebuah jalan cerita mengikut tema yang telah disediakan.

        Sinopsis cerita berjaya dirangka dalam masa kurang dari satu hari. Setelah dah puas hati dengan jalan cerita, kami "Brainstorm" untuk "Storyboard" dan skrip. Kami percaya dalam sesebuah filem pendek tidak perlu terlalu kompleks ceritanya lagi-lagi temanya tidak melibatkan cerita aksi atau yang memerlukan shooting berhari-hari. Cukuplah sekadar jalan cerita yang mudah dipahami dan sedikit kejutan pada penghujung cerita.

        Ini merupakan pengalaman pertama bagi syarikat produksi kami tetapi bukan yang pertama bagi saya, Sufian Abdullah, Aziz Ibrahim dan Fikry Mahazir. Bagi pelakon utama kami, Syafiq Roos (Din Letrik) kerjaya beliau sebagai wartawan di Utusan tidak pernah menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan (Semi-pro actor hahahha)

       Agak terperanjat jugak bila dinobatkan pemenang tempat kedua kerana tidak pernah termimpi atau menyangka bahawa hasil karya kami mampu untuk menang. Ini kerana pertandingan video pendek ini disertai oleh ramai yang hebat-hebat. Kemenangan ini benar-benar memberi semangat kepada kami untuk terus berkarya dan menghasilkan filem pendek yang bermutu. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan ini. ENJOY ^___^



       

No comments:

Post a Comment