Thursday 7 February 2013

Website kami


Oh, mungkin ramai rakan dan followers dah tau tentang ni. Ya, betul. Website kami. Yup, pasal website kami yang telah aktif sejak sebulan yang lalu. Kami sudah lama mengimpikan untuk mempunyai sebuah website yang kukuh dan aktif. Akhirnya, kami berjaya mewujudkan sebuah website yang menggunakan layout Unique Responsive (Wordpress)

Pembelian domain dan hosting mengambil masa yang agak singkat dan tidaklah sesusah yang difikirkan. Domain .tv menjadi pilihan kerana kami mahu mewujudkan sebuah website yang berkaitan dengan video dan hiburan. Domain .tv merupakan antara domain yang agak mahal harganya (tak tau la kenapa kan) berbanding dengan domain .com, .com.my, .net dan lain-lain.

Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat website, jangan tunggu-tunggu lagi. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada beberapa syarikat yang saya rasa sangat berkualiti perkhidmatannya:

1. Exabytes - http://www.exabytes.com.my/
2. NetKL - http://www.netkl.com/
3. Jom Hosting - http://www.jomhosting.net/
4. Server Freak - http://www.web-hosting.net.my/

dan banyak lagi anda boleh google..

Selamat mencuba c:

No comments:

Post a Comment