Thursday, 28 February 2013

Rezeki Allah Episode I



Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya.

Itulah ayat pertama yang terungkap dari mulut apabila mendapat berita bahawa saya telah dapat tender untuk membuka sebuah kedai fotostat dan alat tulis di Kolej Mawar, UiTM Shah Alam.

Memang sudah lama saya dan rakan kongsi (Aziz) mengidamkan kedai fotostat ini.
Bukan kerana lokasinya yang bersebelahan dengan kolej wanita, tetapi kerana lambakan prospek disekitar kedai itu.

Saya tanpa banyak fikir, terus menandatangani surat setujuterima dan membayar sewa untuk setahun seperti yang telah ditetapkan oleh pejabat bendahari UiTM.



Berpeluh juga mencari duit untuk membayar sewa selama setahun ni. Nasib baik ada beberapa orang rakan yang sudi untuk join venture dengan saya dan Aziz.

Pembayaran pun dibuat di Bank Islam berdekatan.


Sayu melihat duit diambil oleh pegawai bank sobb sobb... ;c hehehe tapi takpe la kan, boleh cari lagi..
Pembayaran sangat simple dan mudah. Tak leceh langsung. Isi-isi borang terus pegi kaunter


Lepas dah bayar saya terus pegi Ruang Niaga UiTM untuk collect kunci kedai. Lepas tu submit perjanjian dan borang setujuterima di Bendahari Zon 3. Mudah. sangat mudah.



Saya akan update lagi untuk gambar-gambar kedai di Kolej Mawar. Apa saya ingin kongsi disini ialah rezeki Allah ada dimana-mana. Yang penting kita usaha ke arah sesuatu yang lebih baik.

- Sufian -






1 comment: