Saturday 5 October 2013

Apa Kami Buat Sekarang?

Lama juga tidak ada masa untuk mengemaskini blog ini.

Ramai yang mengenali kami dan mahu mengetahui apa yang kami sedang buat sekarang.

Saya ada terima beberapa email yang mengatakan berminat untuk mengetahui apa yang
THE HOUSE OF ART STUDIOS sedang lakukan sekarang.

Dulu (Hujung tahun lepas dan awal tahun ini) kami sering update mengenai video-video wedding, shortfilm dan promosi-promosi.

Untuk pengetahuan rakan-rakan yang membaca blog ini, kami sekarang sedang sibuk menguruskan sebuah kedai fotostat dan alatulis di Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam. Kami pernah update juga mengenainya.

Kedai fotostat kami berjalan dengan sangat baik dibantu dengan dua orang pembantu yang bernama D dan Pa'in (Nanti kami akan update pasal mereka). Cuma pada bulan Ogos dan September baru-baru ini kami diuji dengan pelbagai masalah. Tapi alhamdulillah, kami semakin pulih dan semakin maju kehadapan.

Kami juga sibuk dengan beberapa projek lain. Banyak idea-idea yang belum kami realisasikan lagi. Kami masih perlukan modal untuk menggerakkan beberapa projek lain.

Setakat ini dulu update dari kami. Kami akan cuba mencuri masa untuk update blog ini dan berkongsi dengan anda semua.

"Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value." - ALBERT EINSTEIN

No comments:

Post a Comment