Friday 11 October 2013

Apa lagi mesin fotostat mahu?

Hari ini para pelajar UiTM Shah Alam (Para pelajar Kolej Mawar khususnya) telah ramai yang packing barang-barang mereka dan bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman.

Ya cuti mereka sudah pun bermula.

Cuti sempena Hari Raya AidilAdha

Kebetulan pula petang tadi tidak ramai sangat pelajar yang datang ke kedai.

Mesin fotostat hanya tinggal satu sahaja yang boleh beroperasi kerana yang lagi dua telah rosak.

Mungkin mereka juga tidak sabar untuk bercuti.

Mesin yang terakhir itulah harapan kami untuk terus berniaga sebelum bercuti.

Apakan daya, mesin terakhir itu juga kecundang. Kecundang akibat terlalu kuat bekerja agaknya.

Apa lagi mesin fotostat mahu? Rehat dan alat ganti yang cukup?

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dari kami THE HOUSE OF ART STUDIOS (THOARS)


No comments:

Post a Comment